Seorang budak lelaki berusia 4 tahun telah meninggal dunia selepas tiga hari terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) ekoran dibakar oleh ibu kandungnya sendiri di bandar Jinhua di Wilayah Zhejiang di timur China.
Kanak-kanak malang itu dibakar setelah dipaksa minum petrol oleh ibunya ketika kedua ibu bapanya sedang bertengkar.
Zhang Zhihao, mengalami kebakaran tahap ketiga yang memusnahkan 35 peratus daripada tubuhnya. pada petang Ahad lalu, mesin bantuan hayatnya telah dihentikan selepas bapanya bersetuju. Doktor menjelaskan bahawa mangsa tidak lagi mempunyai penglihatan, rasa, bau atau pendengaran sekiranya dia hidup.
Bapa yang berusia 48 tahun, Zhang Qiusheng, telah berhadapan dengan pilihan sama ada membiarkan budak itu mati dalam keadaan aman atau hidup dalam kesakitan, dan dia membuat keputusan yang sukar untuk mencabut mesin berkenaan, Jinhua Evening News melaporkan pada hari Isnin.
"Apabila ayah membuat keputusan itu, dia tiba-tiba menangis. Dia jarang menangis," kata Zheng Mengting, 20, anak perempuan Zhang dengan isteri pertamanya.
Zhang Qusheng dan isterinya, Shen Dan, 40, masing -masing mengalami 15 peratus kebakaran pada badan mereka semasa kejadian itu. Shen masih tidak dapat bercakap, polis tidak boleh menyoalnya untuk siasatan lanjut, menurut akhbar Express City tempatan.
Zhang Qiusheng berkata, dia dan isterinya telah bermusuh dan Shen mengancam untuk membunuh anak mereka dan kemudian membunuh diri. Selepas Shen pulang dari kerja pada petang Khamis, beliau memberikan anaknya minum dari botol minuman ringan, tetapi minuman itu sebenarnya adalah petrol.
Dalam perkelahian tersebut, mereka berada di dapur dan budak lelaki itu diheret ibunya ke arah api dapur yang menyala lalu terbakarlah ketiga-tiganya.. Mangsa telah dibawa ke Hospital Pusat Jinhua.
©Eriyza : Wanita ini tidak layak menjadi ibu.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.