Nov 4, 2013

Pahang Juara Piala Malaysia 2013


SHAH ALAM: Pahang menamatkan penantian selama 21 tahun bagi menjulang Piala Malaysia apabila mengalahkan juara bertahan Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam di sini, malam ini.


Kemenangan itu merupakan kejayaan ketiga Pahang merangkul piala berprestij itu selepas tahun 1983 dan 1992.




Barisan Pemain KELANTAN :

Khairul Fahmi Che Mat, Azizi Matt Rose, Nik Mohd Shahrul Azim Abd Halim, Mohd Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak, Zairo Anuar Zalani (Ahmad Fakri Saarani), Mohd Shakir Shaari, Mohd Badhri Mohd Radzi (kapten)(Mohd Faiz Subri), Mohd Norfarhan Muhammad, Indra Putra Mahayuddin, Dickson Nwakaeme.

Barisan Pemain PAHANG :

Khairul Azhan Khalid, Damion Delano Stewart, Mohd Razman Roslan, Mohd Shahrizan Salleh, Jalaluddin Jaafar (kapten)(Mohd Saifulnizam Miswan), Mohd Amirulhadi Zainal, Mohd Hafiz Kamal, R. Surendren (Mohd Fauzi Roslan), R. Gopinathan (Mohd Faizol Hussain), Azamuddin Mohd Akil, Matias Ruben Conti.


Penjaring Pahang :

Matias Ruben Conti (minit 58)

Pengadil :

Nagor Amir Noor Mohamed


Penyerang import dari Argentina, Matias Ruben Conti muncul wira skuad Tok Gajah selepas menyumbat gol tunggal menerusi tandukan pada minit ke-58 selepas memanfaatkan hantaran daripada Azamuddin Mohd Akil.


Pada pertarungan antara pasukan gergasi Pantai Timur itu musim ini, kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan seimbang dengan melancarkan serangan berbahaya namun gagal menyudahkan sebarang percubaan pada separuh masa.


Pemain tengah Kelantan, Indra Putra Mahayuddin gagal menggunakan peluang terhidang pada minit ke-18 apabila sepakan percuma daripada jarak 20 meter hanya sedikit melepasi pintu gol Pahang yang dijaga rapi oleh Khairul Azhan Khalid.


Pemain skuad Tok Gajah, R.Surendren hampir meletakkan pasukan berkenaan di hadapan pada minit ke-27 namun sepakan beliau terkena tiang gol Kelantan.

©Eriyza : Tiba-tiba nama Poyeng + Kojie jadi sebutan.

Via : Harian Metro



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.