Nov 19, 2013

Polis Menembak Kerana Pinangan Ditolak


Kajang: Berang hasrat untuk bertunang dengan kekasihnya dihalang keluarga wanita terbabit, seorang lelaki dikatakan tidak puas hati lalu menyerang dan melepaskan tembakan ke arah adik lelaki teman wanitanya itu, pagi semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, lelaki berusia 28 tahun terbabit yang juga anggota polis bertindak melepaskan lima das tembakan dan satu daripadanya menembusi bahu kanan mangsa.

Difahamkan, mangsa, T Solomon, 25, mengalami kecederaan parah dikejarkan ke Hospital Kajang oleh keluarganya. untuk menerima rawatan dan kini dilaporkan stabil.

Suspek yang baru sebulan bertugas di Balai Polis Bandar Baru Bangi, di sini, sebelum itu dikatakan gagal memulangkan semula pistol jenis .38 Smith & Wesson di balai polis berkenaan sebaik tamat waktu kerja.

Bapa mangsa, T Tholilale, 59, berkata ketika kejadian dia berada dalam bilik dan mendengar pertengkaran di luar rumahnya di Taman Megah, Kajang, di sini, disusuli bunyi tembakan.

©Eriyza : Suspek perlu dijatuhi hukuman berat kerana menyalahgunakan harta kerajaan untuk kegunaan peribadi.

Via : Harian Metro



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.