Nov 17, 2013

Taufan Haiyan Satu Amaran



Masyarakat dunia maklum bahawa Taufan Haiyan membadai Tacloban, Filipina minggu lalu sehingga mengorbankan ribuan nyawa selain memusnahkan harta benda. Tidak diketahui berapa taksiran kerugian yang ditanggung oleh kerajaan Filipina. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa ada peristiwa masjid di Pasay City, Manila telah dirobohkan pada 30 September 2013.

Menurut sumber, masjid itu dirobohkan untuk didirikan pusat membeli belah. Bukan sahaja masjid dirobohkan malah 400 orang juga turut diusir dari situ. Sekurang-kurangnya tiga orang maut ditembak ketika mempertahankan rumah Allah itu. Mereka yang terbunuh ialah Yakob Macalnas, 37, Hakim Usman, 30, dan Rajid Batalo. Macalnas meninggal dunia di Hospital San Juan de Dios akibat dua luka tembakan manakala Usman dan Batalo terbunuh di tempat kejadian.

Selang sebulan, Allah menghantar Taufan Haiyan dengan kelajuan 314km sejam sebagai satu peringatan kepada manusia yang bertindak kejam. Wallahua'alam.

©Eriyza : Marilah kita mentaati perintah Allah, jauhi larangannya.

Via : PhilStar



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.