Seorang anggota polis muda tidak terkata apa-apa dan hanya tersenyum apabila diberitahu tindakannya membantu seorang warga emas melintas jalan dirakamkan dan tersebar luas di Internet.
Gambar tersebut yang dipercayai dirakam oleh seorang pemandu tidak dikenali itu turut dimuatkan dalam laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Setakat tengah malam tadi, lebih 6,000 pemilik akaun Facebook telah menanda Like sebagai tanda sokongan dan pujian terhadap polis muda itu.
China Press menggambarkan polis yang dikenali sebagai Hezran berumur 22 tahun itu merupakan seorang anggota yang pemalu dan tidak dapat membiasakan diri dengan wartawan dan lensa kamera.
Hezran tidak menyangka tindakannya membantu seorang warga emas melintas jalan akan dirakam, malahan tersebar di alam maya.
Polis muda yang mana ibu dan bapanya juga berkhidmat dalam pasukan polis itu ternyata terkejut apabila diberitahu rakan sekerja bahawa terdapat wartawan yang ingin bertemu dengannya.
"Gambar itu dirakamkan pada bulan April dan saya tak sangka ia akan tersebar selepas enam bulan," katanya kepada China Press.
Dalam pada itu, Malaysia Gazette mendapati ramai pengguna Internet yang terdiri daripada pelbagai kaum telah memberi pujian kepada Hezran dalam laman Facebook PDRM.
Sesetengah pengguna Facebook turut menyeru orang ramai berlaku adil kepada polis kerana terdapat ramai polis yang baik, walaupun imej mereka tercemar oleh segelintir kecil polis yang kurang amanah.
©Eriyza : Banyak lagi kebaikan anggota polis yang tidak dipaparkan media massa.
1 Comment
Salam.Syukur,masih ada insan yang mempunyai budi pekerti sebegini.Anggota polis yang amanah seperti inilah yang akan menaikkan kembali imej kepolisan di mata masyarakat.Tahniah.
syahirdisini.blogspot.com
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.