Dec 14, 2013

Isteri Tikam Suami


Batu Pahat: Tertekan dengan budaya dan tanggungjawab sebagai isteri di negara asing, seorang wanita warga Vietnam bertindak kejam dengan menikam suaminya di dada kiri hingga mati di rumah mereka di Taman Flora di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa yang juga warga tempatan berusia 35 tahun dikatakan ditikam menggunakan objek tajam sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini, untuk rawatan kecemasan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.40 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, mangsa yang ditikam di dada dibawa ke HSNI untuk rawatan, tetapi disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

“Gerakan mengesan suspek yang juga isteri mangsa dijalankan sebelum menahannya di sekitar bandar Batu Pahat pada hari sama.

©Eriyza : Kejam!!!

Via : Harian Metro



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.