Dec 7, 2013

Menteri Besar Agih Roti Di Chendor


Ketika Menteri Besar Terengganu melalui jalan pulang dari Kuala Lumpur ke Kemaman untuk bersama rakyat menghadapi banjir, beliau tersekat di kawasan Chendor bersama dengan ramai pemandu bersama ahli keluarga, anak, isteri dan lain-lain yang tersekat sama di situ dalam keadaan kelaparan, kerana situasi yang amat sukar dalam serba kekurangan hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu betapa susahnya menghadapi situasi ketika itu.


Dengan petunjuk kebesaran yang Allah S.W.T berikan terdapat dua lori roti Gardenia yang berada di situ, Dato Seri yang tidak sanggup melihat situasi rakyat dalam kelaparan beliau telah meminta agar pemandu lori tersebut membuka pintu lori bagi mendapatkan makanan (roti) yang ada bagi diagihkan kepada semua yang ada di situ, pada permulaannya, kedua-dua pemandu lori itu tidak membenarkan Dato Seri Ahmad Said membuka lori tersebut.

Tetapi Dato Seri Ahmad Said tetap bekeraas mahukan roti tersebut kerana beliau tidak tahan dan sanggup melihat rakyat kelaparan, lalu Dato Seri meminta agar pemandu lori tersebut terus menghubungi Manager mereka di Kuala Lumpur untuk meminta kebenaran bagi membeli semua roti-roti tersebut. Setelah Dato Seri berbincang dengan Manager, beliau sanggup membayar jumlah yang diminta oleh manager tersebut, maka Dato Seri Ahmad Said telah membuka lori tersebut untuk di agihkan kepada semua mangsa keadaan.


Ramai yang datang berterima kasih pada Dato Seri, anak-anak kecil yang kelaparan di situ dapat mengisi perut, rungutan dan kelaparan dapat di isi, mungkin terdetik di dalam hati MB ketika itu rasa lega dan bersykur kerana dapat memadamkan kesusahan rakyat ketika itu.

Allah S.W.T telah memberikan pertolongan melaluinya untuk di sampaikan kepada rakyat. Kita bersyukur kerana kita mendapat pemimpin yang begitu prihatin kepada rakyat, Smoga Allah S.W.T dapat membalas jasa baik beliau.

©Eriyza : Syabas Dato' Seri Ahmad Said. Teruskan berbakti kepada rakyat.

Via : MyNewsHub



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.