Dec 9, 2013

Tentera Bina Jambatan Taktikal Di Sungai Limbong


KEMAMAN: Laluan di pusat bandar Chukai yang terputus akibat Jambatan Sungai Limpong runtuh pada Khamis lepas, kini dibuka semula selepas satu jambatan taktikal siap dibina oleh Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) pada 3 petang tadi.


Pegawai Pemerintah RAJD Kem Desa Pahlawan, Kelantan Mejar Nik Amir Nik Yaakob berkata pembinaan jambatan sementara sepanjang 20 meter itu mengambil masa hampir tujuh jam selepas dimulakan seawal pukul 3 pagi.


"Jambatan taktikal ini mampu menampung kenderaan seberat 60 tan dalam satu-satu masa melaluinya.

"Ia siap sepenuhnya sekitar pukul 9 pagi tadi dan dibuka enam jam kemudian. Kita harap jambatan sementara ini mampu memulihkan semula perhubungan di pusat bandar daerah ini," katanya di sini hari ini.



Beliau berkata pembinaan jambatan itu dilakukan seramai 40 anggota tentera dan seorang pegawai RAJD Kem Desa Pahlawan dengan dibantu Unit Ke-11 RAJD Kem Batu Tiga, Temerloh, Pahang.

Nik Amir berkata jambatan sementara itu mampu memulihkan aliran trafik di kawasan berkenaan.

"Jambatan sementara ini akan digunakan sehingga Jambatan Sungai Limbong yang asal siap dibaiki," katanya.

©Eriyza : Sudah pergi lihat Jambatan Taktikal. Terima kasih abang-abang tentera.

Via : Harian Metro | Terengganu Post Online



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.