Dec 28, 2013

Tumpang Tangan Pada Kaki Sebelum Dicantum


Sekumpulan doktor membuktikan kepakaran mereka apabila berjaya menyelamatkan tangan seorang lelaki yang putus supaya terus berfungsi dengan 'menumpangkan' tangan tersebut ke pergelangan kaki pesakitnya.


Xiao Wei, seorang pekerja kilang telah terputus pergelangan tangan kanannya ketika mengunakan sebuah mesin. Namun, tangannya tidak dapat disambung segera sewaktu menerima rawatan di hospital.


Justeru, doktor bedah di Hospital Changsha membuat keputusan untuk mencantumkan tangan kanan Xiao Wei ke pergelangan kaki kirinya agar tangan pemuda itu terus 'hidup' dengan 'meminjam' saluran darah di kaki.


Sebulan berlalu, doktor telah berusaha memindahkan semula tangan itu ke lengannya dan ia diyakini akan berfungsi sempurna seperti sebelumnya. Pesakit perlu menjalani beberapa siri pembedahan lagi untuk memastikan kesembuhannya berjalan lancar.

©Eriyza : Dengan izin Allah, semuanya boleh jadi.

Via : BBC



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.