Jun 22, 2014

Dr Zulkifli Al-Bakri Dilantik Mufti Wilayah Persekutuan


Sekalung tahniah diucapkan kepada Sahibus Samahah Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, 45, atas perlantikan beliau sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baru menggantikan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang tamat tempoh perkhidmatannya. Khabar gembira itu dikongsi sendiri oleh beliau di laman Facebooknya.


Dr Zul mempunyai latar belakang pendidikan yang baik dari universiti tempatan mahu pun luar negara. Beliau juga beberapa kali dianugerahkan sebagai tokoh dalam bidang tertentu.


Biography

PENDIDIKAN RENDAH DAN MENENGAH
Sek. Keb. Rengas Bekah, K.Trg, Terengganu: 1976-1981.
Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K.Trg., Terengganu: 1982-1984.
Sek. Men. Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, K.Trg., Terengganu, Aliran Thanawi: 1985-1988.

PENDIDIKAN PERINGKAT TINGGI
Sarjana Muda Syariah, Universiti Islam Madinah, Arab Saudi: 1989-1993.
Sarjana Syariah, Universiti Ilmu-Ilmu Islam Dan Arab, Damsyik, Syria: 1994-1997.
Doktor Falsafah (Ph.D), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia: 2002-2004

KEPAKARAN
Fiqh dan Usul Fiqh, Fatwa

PENGAJIAN SECARA TALAQQI

1. Syeikh Muhammad Ali al-Thani (Imam Masjid Nabawi): 1989-1993.
 Fath Al-Bari Syarah Sahih Al-Bukhari Jilid 12 dan 13.
 Sahih Muslim Syarah Nawawi Jilid 1, 2, 3 dan 4.
 Tafsir Ibn Kathir (Sebahagiannya).
 Tafsir Fath Al-Qadir Oleh Al-Syaukani (Sebahagiannya).

2. Syeikh Rusdi Bin Salim Qalam (Imam Masjid Abdullah Bin Rawahah, Damsyik, Syria): 1994-1997.

Kitab Tauhid
 Syarah Al-`Allamah Abd Al-Salam `Ala Jauharah Al-Tauhid.
 Syarah Al-`Aqidah Al-Tahawiah Oleh Syeikh Abd Ghani An-Nuaimin.
 Syarah Al-`Aqaid Al-Nasafiah Oleh Al-Taftazani.
 Kitab Al-`Aqaid Oleh Al-Imam `Izzuddin Bin Abd Al-Salam.
 `Aqidah Syamsuddin Al-Asbihani.

Usul Al-Fiqh
 Kitab Al-Luma’ oleh Al-Syirazi.

Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah
 Kitab Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah oleh Syeikh `Izzat Ubaid Al-Da’as.
Nahu
 Qatr Al-Nada oleh Ibn Hisyam.
 Sebahagian Alfiah Ibn Malik.

Kitab Tasawwuf
 Syarah Al-Hikam oleh Al-Syurnubi.
 Al-Risalah Al-Qusyairah oleh Imam Abd Karim Al- Qusyairi.
 Taj Al-`Arus oleh Ibn `Ataillah Al-Sakandari.

Kitab Adab dan Mantiq
 Adab al-Bahsi Wa Al-Munazarah Oleh Syeikh Muhyiddin `Abd Al-Hamid.

Syeikh Dr. Muhammad Muhammad Al-Mukhtar Al-Syanqiti, (Mantan Pensyarah Universiti Islam Madinah Dan Lajnah Kibar Ulama’ Saudi).
 Bulugh Al-Maram (Sebahagiannya).
 Umdah Al-Ahkam (Sebahagiannya).

3. Syeikh Sadiq Habannakah.
 I’anah Al-Talibin (Sebahagiannya).
 Kifayah Al-Akhyar (Sebahagiannya).
 Tafsir Al-Khazin (Sebahagiannya).
 Tafsir Al-Jalalain (Sebahagiannya).

4. Syeikh Al-Muhaddith Abdul Qadir Al-Arnaut.
 Kitab Al-Ba`is Al-Hasis (Sebahagiannya).
 Kitab Hadis (Sebahagiannya).

Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abd Latif Soleh Al- Farfur.
 Al-Arba’un Al-Sihah.
 Futuhat Al- Makkiyyah (Sebahagiannya).

Mendapat ijazah daripada Syeikh Rusdi untuk mengajar kitab-kitab yang tersebut di atas (ijazah tadris) dan juga mendapat ijazah secara sanad yang bersilisilah daripada Al-Syeikh Dr. `Abd Al-Latif Soleh Al-Farfur (Ahli Majlis Mujamma’ Al-Fiqh, Rabitah Al-`Alami Al-Islami).

Selain itu, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri juga sempat berguru dengan Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Uthaimin (Madinah), Syeikh Muhammad Muhammad al-Mukhtar al-Syanqiti (Madinah), Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti (Syria) dan Syeikh Dr. Wahbah Mustafa al-Zuhaili (Syria)


Selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri. Jangan takut untuk menegakkan syiar Islam.

©Eriyza : Tumpang bangga dengan kejayaan anak jati Kemaman.

Via : Facebook Dr Zulkifli Al-Bakri



1 Comment

عبده العمراوى Fri Aug 30, 07:33:00 PM


شركة كشف تسربات المياه بسيهات
شركة تنظيف موكيت بعنك

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.