Penulis gemarkan tulisan atau
font yang menarik tetapi malangnya tulisan asas yang disediakan di dalam komputer tidak begitu banyak. Justeru, penulis memuatturunnya dari laman web lain untuk digunakan di dalam komputer penulis. Kini, penulis mahu berkongsi cara untuk menambah tulisan baru ke dalam komputer.

1. Pertama sekali, anda perlu mendapatkan tulisan untuk digunakan. Penulis sarankan anda memuatturun tulisan tersebut dari 1001 Free Fonts.
2. Setelah itu, ekstrakkan tulisan tadi ke dalam folder.
3. Seterusnya klik butang Start - Control Panel. Pilih menu Fonts.

4. Di dalam folder Fonts tadi, anda klik pada File lalu pilih Install New Font. Satu tetingkap Add Fonts akan muncul dan anda dikendaki mencari tulisan yang ingin anda gunakan. Tekan OK setelah selesai memilih.
5. Siap. Tulisan baru telah ditambah ke dalam folder Font anda. Anda cuma perlu membuka Microsoft Word untuk mencuba tulisan baru anda.
Caranya amat senang. Tentu anda boleh buat. Cubalah.