Showing posts with label Live Blogging. Show all posts
Showing posts with label Live Blogging. Show all posts

Apr 3, 2010

Coklat Rokok


Ketika zaman kanak² ribena dahulu, penulis pernah melihat coklat (coklat atau gula²) rokok ini. Penulis menggelarkannya coklat rokok kerana ianya dibuat menyerupai rokok malah dibungkus di dalam kotak seumpama rokok juga. Malah nama yang tertera di kotak itu juga seperti rokok iaitu Pally (Pall Mall), Kemt (Kent), Marlbovo (Marlboro) dan lain² lagi. Ketika itu, coklat ini berperanan seperti chewing gum yang hanya boleh dikunyah tetapi tidak boleh ditelan. Tidak lama kemudian, ianya seperti diharamkan (tidak pasti) kerana ianya tiada lagi di pasaran.

Baru² ini ketika penulis ke sebuah kedai runcit di Chukai, penulis ternampak coklat rokok dipamerkan di atas rak. Setelah sekian lama, coklat ini muncul kembali. Namun penulis tidak mengesyorkan coklat rokok ini dijual di pasaran kerana ia semacam menggalakkan kanak² 'merokok' walaupun ia sekadar coklat. Umum mengetahui kanak² adalah golongan yang mudah terpengaruh. Mereka bermula dengan coklat rokok tetapi akhirnya menjadi perokok. Penulis membangkang sekeras²nya pengeluaran dan penjualan coklat rokok. Anda pula bagaimana??

Mar 29, 2010

Tepung Kapur Dari Dapur


Anda pernah makan kuih warna coklat bersalut nyiur (kelapa) parut?? Di sini, kuih ini dipanggil tepung kapur manakala nama saintifiknya yang diterima pakai di seluruh Malaysia tidak pula penulis ketahui. Penulis menikmati kuih ini pagi tadi. Anda mahu resipinya?? Owhhh, penulis belum belajar lagi cara² untuk membuatnya! Jadi, anda tanya pakcik Google sahaja. Ya, ini adalah pos live blogging kerana gambar ini penulis siarkan terus dari Nokia milik penulis. Anda nak belajar buat pos live blogging??

Jan 11, 2010

Nasi Berlauk Kicap


Topik ini ditulis dari telefon bimbit Nokia 5800Xpress Music. Semestinya ia adalah percubaan live blogging. Hari ini menu penulis ialah nasi berlaukkan kicap, ikan goreng dan cili. Rasanya sangat sedap. Ianya mengimbau zaman kanak-kanak penulis dulu. Adakah anda juga gemar makan nasi berlaukkan kicap sewaktu anda kecil dahulu??