Showing posts with label Wallpapers. Show all posts
Showing posts with label Wallpapers. Show all posts

Feb 28, 2012

Penghias Skrin : Taming of the Heir


Drama Korea Taming of the Heir [천하무적 이평강] sedang ditayangkan di saluran 391. Penulis sering menontonnya pada pukul 3.24 petang setiap hari Isnin hingga Khamis. Anda boleh memuatturun wallpapers drama ini untuk hiasan desktop anda.

Nov 20, 2011

Rahsia Desktop Wallpaper Windows XP


Ramai di antara pengguna Microsoft di dunia menggunakan Windows XP sebelum beralih ke Windows 7 termasuklah penulis. Anda tentu sangat maklum akan imej asal desktopnya yang menggunakan gambar bukit yang menghijau dan awan nan membiru. Gambar yang paling banyak ditonton di dunia ini sebenarnya telah dirakamkan oleh Mr. Chuck O’Rear di Sonoma, Napa, North California. Beliau merupakan bekas jurugambar untuk National Geographic.

Oct 22, 2011

Penghias Skrin : Ship In Ocean




Penulis suka melihat gambar kapal di tengah lautan ini. Cantik!

Jan 16, 2011

Penghias Skrin : Jang Geun Suk Versi 2


Sebelum ini penulis pernah memberikan wallpapers Jang Geun Suk kepada anda. Kini, penulis memberikan wallpapers Jang Geun Suk yang lebih menarik untuk anda letakkan di desktop masing². Jom kita tengok.

Nov 12, 2010

Penghias Skrin : Jang Geun Suk


Penulis hendak berkongsi wallpapers Jang Geun Suk, antara pelakon drama tersohor di Korea dengan anda semua. Bolehlah anda menukar wallpapers di desktop anda.

Feb 15, 2010

Penghias Skrin Google Analytics


Untuk anda yang meminati browser Google, bolehlah meletakkan wallpaper Google Analytics di komputer masing². Ada tiga pilihan penghias skrin sedia untuk dimuatturun. Menariknya, ia didatangkan di dalam tujuh saiz skrin resolusi. Pilih sahaja salah satu yang anda mahu.

Dec 30, 2009

Penghias Skrin 2010

Kredit : Hemisferio

Ramai pembikin penghias skrin telah mula membenarkan para pengguna komputer seluruh dunia untuk memuatturun penghias skrin untuk tahun 2010. Ada pelbagai saiz dan rekabentuk yang boleh dipilih bersesuaian dengan kehendak anda. Penulis cuma memaparkan lima penghias skrin untuk santapan mata anda. Teruskan membaca untuk melihat kesemuanya.

Dec 22, 2009

Penghias Skrin Dari Drama Dyesebel


Duyung sedang menyamar di daratan. Dia yang asalnya jelita telah berubah menjadi hodoh sebaik menjejakkan kaki ke daratan. Awas, jika anda bertemu dengan makhluk yang kelihatan naif dengan parut di muka, itu mungkin duyung yang sedang menjalankan misinya di dunia kita. Itu rentetan drama Filipina yang sedang menjadi fenomena di Astro Prima iaitu Dyesebel.

Jan 19, 2009

Penghias Skrin Firefox

by Eriyza

Anda pengguna Firefox yang setia?? Selain dari menggunakan browsernya yang bagus, cuba anda hiaskan komputer anda dengan penghias skrinnya sekali. "Wow!", itulah reaksi pertama penulis sewaktu melihat koleksi penghias skrin berasaskan Firefox ini. menari


Penulis beranggapan anda juga pasti akan suka dengan penghias² skrin ini. Ia didatangkan di dalam pelbagai warna yang menarik. Semuanya berjumlah seratus lebih. Nah, terpulang pada anda untuk memilih penghias skrin Firefox tersebut mengikut citarasa masing². pokpok

Via : Kid Tech Guru

Jul 6, 2008

Penghias Skrin Menarik


Jika anda seorang yang berbakat di dalam penghasilan penghias skrin (wallpapers), adalah lebih baik jika anda berkongsi hasil karya anda itu bersama orang lain. Anda pasti tersenyum lebar andai mengetahui hasil penat lelah anda dipaparkan oleh orang lain di komputer mereka. Selain itu, anda juga dapat memuattturun penghias skrin kegemaran anda secara percuma.


Ada pelbagai tema penghias skrin disediakan untuk pemilik komputer yang gemar menukar penghias skrin masing² dua atau tiga kali sebulan. Antara tema yang ada ialah Anime, Cars, Nature, Technology dan pelbagai lagi. Anda boleh memuatnaik penghias skrinbuatan sendiri dan memuatturun penghias skrin secara percuma di Desktop Nexus.

May 12, 2008

Penghias Skrin Buatan Russia


Penghias skrin (wallpapers) abstrak kebiasaannya menjadi pilihan utama anak² muda lelaki. Bagi yang gemar menukar penghias skrin berbentuk abstrak, penulis suka untuk memberikan anda beberapa jenis penghias skrin yang menarik. Ia dibuat oleh pereka dari Russia dan tersenarai antara penghias skrin yang terbaik. Penulis fikir, anda tentu suka akannya. kenyit


Anda boleh melihat penghias skrin itu dahulu sebelum menjadikannya penghias skrin komputer anda. Lihatlah hasilnya di Wallpapers Made In Russia. senyumkenyit

Feb 18, 2008

Bikin Penghias Skrin


Adakah anda teringin membuat penghias skrin (wallpaper) sendiri?? Jika anda berpeluang membuatnya, anda boleh menghiasnya mengikut kreativiti sendiri. Anda boleh memilih latar belakang, gambar dan aksesori yang bersesuaian dengan citarasa anda. Peralatan untuk mengubahsuainya juga disediakan. sengihnampakgigi


Penulis memilih gambar Hillary Duff sebagai penghias skrin dengan corak abstrak sebagai latar belakangnya. Penulis tidak menambah sebarang aksesori kerana merasakan ia sudah cantik dipandang. Anda juga boleh membuat penghias skrin di Wallpaper Maker. kenyit

Nov 18, 2007

Penghias Skrin Buah²an


Pemilihan wallpaper pada komputer masing² bergantung kepada citarasa tuan punya komputer tersebut. Ada orang suka wallpaper bercorak abstrak, keindahan alam atau jenama kenderaan. Mungkin juga anda gemar meletakkan gambar anda sendiri atau ahli keluarga yang lain sebagai penghias skrin. kenyit


Selain daripada jenis² wallpaper yang penulis sebutkan diatas, penulis juga menggemari wallpaper berbentuk buah²an. Sekiranya anda juga ingin mencipta kelainan pada paparan skrin anda, bolehlah mencuba wallpaper ini pula. Anda boleh memuatturun penghias skrin ini di Galeri Wallpaper Buah²an. celebrate

Jun 26, 2007

Cute Wallpapers


Anda teringin menggunakan wallpaper berlatarbelakangkan Windows Vista tetapi anda bukan pengguna Windows Vista?? Mungkin saja anda penggemar wallpaper bercorak abstrak. Jangan risau, penulis ingin memperkenalkan website yang mempunyai banyak wallpapers, themes, skins dan bermacam² lagi untuk menjadikan komputer anda lebih menarik.


Anda cuma perlu klik website Adni18 dan muattturun apa saja yang anda suka. Jom laa mekapkan komputer anda.

Dec 25, 2006

Sassy Girl, Chun Hyang : Emergency Room by Izi




Original soundtrack dari drama Sassy Girl, Chun Hyang. Actually, takde laa suka sangat nengok citer nih tapi lagu dia tangkap jiwang gak. Hehe! Nak download lagu nih?? Klik aje kat bawah nih ye.

Emergency Room - Izi

Mau wallpaper Sassy Girl, Chun Hyang penghias skrin komputer anda?? Amik aje :)