Feb 4, 2008

Bandaraya Warisan Pesisir Air


Petang semalam, penulis membawa ahli keluarga penulis yang lain ke Terengganu Bandaraya Warisan Pesisir Air. Tujuan kami ke sana hanyalah sekadar untuk bersiar² sekaligus merapatkan hubungan kekeluargaan antara kami. Alhamdulillah, ayahanda sudah sihat dan dia kelihatan gembira dapat meluangkan masa bersama isteri dan anak²nya. Penulis bertolak agak lewat dan tiba di sana ketika senja sudah menampakkan diri. Kami sempat pergi ke Mydin Mall. Susah sungguh hendak mendapatkan lot parking disini, setelah puas berpusing², akhirnya ada juga parking kosong. gigitjari


Setelah membeli serba sedikit di Mydin, kami tinggalkan gedung membeli-belah yang tersohor itu. Sewaktu menaiki Jambatan Sultan Mahmud, penulis melihat keindahan Masjid Kristal di seberang laut Pulau Duyung. Kami tidak berkesempatan untuk ke sana kerana perlu pulang. Penulis kemudiannya menghala ke pusat bandar sewaktu rembulan sudah menjengah. Suasana di Kuala Terengganu lengang, tidak seperti di bandar penulis. Lantas penulis terfikir sejenak, Bandaraya ini bagaikan kota mati, tidak sesak seperti yang penulis gambarkan. Lalu lintasnya lancar, tiada sebarang masalah. Nampaknya kehidupan di bandar kecil kami lebih sibuk dari Bandaraya ini.

Setelah puas meronda di Bandaraya, kami pun pulang semula ke Kemaman. Kami singgah di kedai Lempeng untuk mengisi perut yang sudah mula berkeroncong. Lempeng di sini boleh tahan sedapnya tetapi nasi minyaknya kurang sedap. Walau apa pun, syukur dengan rezeki yang ada.

Penulis membayangkan Bandaraya Terengganu sesibuk Kuantan namun sangkaan itu meleset sama sekali. Masih banyak kemudahan infrastruktur perlu dibangunkan dan projek pembangunan perlu giat dilaksanakan. Penulis berharap pada kunjungan kali kedua nanti setelah Terengganu menjadi Bandaraya, senarionya akan berubah. Pengalaman kali pertama ke Terengganu setelah dinobatkan sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air hanya boleh dikatakan sebagai boleh tahan saja, belum boleh dikatakan bagus. Namun, tempoh masa sebulan bergelar Bandaraya belum cukup untuk dinilai sejauhmana kehebatannya. Semoga Terenganu terus maju dan makmur. ihikhik

Feb 2, 2008

Ikon Lucu Untuk Email Dan Ekad



Pernahkah anda menghantar email berbentuk ikon gambar kepada sahabat² anda?? Email ikon bergambar bukan sahaja mudah difahami malah amat menyeronokkan untuk digunapakai. Kadangkala menulis email biasa tanpa sebarang tulisan membosankan juga. Apa kata kalau anda biarkan rakan anda tersenyum dengan menghantar email berikon gambar lucu?? Tentu mereka akan menghargai email anda. ihikhik


Meskipun, tidak semua ikon ada untuk anda melengkapkan maksud email anda tetapi anda boleh menggunakan tulisan untuk menggantikan ikon tertentu. Mungkin juga anda perlu berfikir secara kritis untuk membolehkan email anda ditulis anda tanpa perlu memasukkan tulisan biasa. Selain daripada email, anda juga boleh menghantar ekad. Rasai keseronokan email dan ekad ikon bergambar di Zlango. menari

Feb 1, 2008

Carian Web Arab Menggunakan Bahasa Inggeris


Anda ingin mencari laman web berbahasa Arab?? Anda pula tidak tahu kata kunci yang tepat untuk mencarinya. Jangan risau, anda masih mencari laman web berbahasa Arab dengan menggunakan kata kunci berbahasa Inggeris. Penulis tidak mahu bercerita panjang. banyakckp


Anda cuma perlu menaip perkataan yang anda kehendaki dan mulakan pencarian. Cubalah enjin pencarian Yamli untuk mencari blog / laman web Arab. Semoga ia bermanfaat buat anda. kenyit