Showing posts with label Email. Show all posts
Showing posts with label Email. Show all posts
Mar 16, 2012
Letak Label Pada Email
Date :
Friday, March 16, 2012
0
Comment
Jul 5, 2011
Gmail Memperlihatkan Tema Baru

Buat pengguna yang menggunakan Gmail, anda bakal mendapat tema baru untuk email anda tidak berapa lama lagi. Tema ini jauh lebih menarik dan sedap mata memandang. Email² yang anda terima juga amat mudah dibezakan kerana email yang telah dibaca berlatarbelakang kelabu manakala yang belum dibaca berlatarbelakang putih.
Date :
Tuesday, July 05, 2011
0
Comment
May 5, 2011
Apr 20, 2011
Projek Emel 1Malaysia

Semalam,
Tags :
Daily Notes
Email
Mar 4, 2011
Feb 14, 2011
Akses Dua Akaun Gmail Dalam Satu Browser

Ada orang mempunyai banyak email. Misalnya email DEF untuk perihal peribadi manakala email XYZ pula untuk urusan perniagaan. Justeru, jika email² tersebut bertempat di Gmail, maka anda perlu login satu persatu. Betul tak?? Mengapa perlu berbuat demikian jika ada cara yang lebih efisien untuk menyemak kedua² email serentak??
Jan 27, 2011
Gmail Melancarkan Email Notis Desktop

Kebanyakan bloggers profesional menggunakan Gmail sebagai email peribadi mereka. Justeru, pihak Gmail telah memasukkan fungsi baru ke dalam menu email mereka bertujuan untuk memudahkan para pengguna mereka yang setia. Mereka baru saja melancarkan notis HTML5 desktop yang memaparkan pop-up setiap kali mesej chat atau email yang baru tiba.
Jan 26, 2011
Jan 11, 2011
Drag Dan Drop Fail Ke Gmail

Ramaikah pengguna Gmail yang membaca blog ini?? Itu semua tidak penulis ketahui tetapi hari ini penulis ada berita bagus untuk anda. Sekiranya anda adalah pengguna setia Gmail, anda tentu pernah menghantar dokumen mahu pun gambar kepada rakan² dengan cara mengupload gambar dari komputer. Betul tak??
Oct 27, 2010
Hantar Email Peringatan Dengan HassleMe

Adakah anda sukar mengingat perkara² yang perlu anda buat secara berkala setiap minggu?? Misalnya anda perlu mengambil anak yang pulang lewat setiap hari Selasa, menyediakan makanan untuk adik ipar yang baru bersalin setiap hujung minggu dan lain-lain lagi. Apa kata kalau anda hantar email kepada diri sendiri untuk mengingatkan tentang aktiviti tersebut.
Mar 30, 2010
Hantar Email Sulit Dengan Lockbin
Date :
Tuesday, March 30, 2010
0
Comment
Tags :
Email
Online Tools
Feb 12, 2010
Dec 16, 2009
Masukkan Foto Dalam Gmail
Kalau anda pembaca tegar blog ini, tentu anda masih ingat penulis pernah memberitahu cara untuk masukkan foto dalam email tanpa attachment. Hari ini penulis juga mahu berkongsi topik yang lebih kurang serupa tetapi tanpa teknik salin (copy) dan tampal (paste) sebaliknya menggunakan menu di dalam email itu sendiri.
Nov 20, 2009
Ymail Dan Rocketmail Dari Yahoo
Hampir setiap orang daripada kita mempunyai akaun email Yahoo. Tahukah anda bahawa Yahoo mempunyai dua lagi domain email iaitu ymail dan rocketmail?? Jika nickname idaman anda untuk yahoo telah diambil orang, maka anda tidak harus melepaskan peluang kali ini.
Sama seperti yahoo.com, anda juga ditawarkan perkhidmatan yang sama di domain ymail.com dan rocketmail.com. Anda akan memiliki kapasiti email yang besar, penggunaan nickname sebagai ID di Yahoo Messenger dan lain² lagi. Daftarlah nickname kegemaran anda dengan segera di Yahoo.
Nov 8, 2009
Masukkan Latarbelakang Pada Email Gmail
Lazimnya latarbelakang email Gmail hanya berwarna putih. Kelihatannya sangat simple tanpa sebarang kombinasi warna lain atau gambar yang menarik. Apa kata kalau anda menceriakan sedikit latarbelakangnya agar tidak terlalu suram.
1. Login ke email Gmail.
2. Pada sudut atas bahagian kanan email, klik pada Settings - Themes.
3. Pilih sahaja tema yang anda suka. Jika anda memilih tema bergambar, anda perlu memasukkan data lokasi untuk penukaran kali pertama sahaja.
Siap. Selamat mendekorasi Gmail anda.
Oct 27, 2009
Lindungi Email Dengan TxtNinja
Banyak kali berlaku alamat email yang anda paparkan di blog berjaya dikesan oleh spam bot sehinggakan kotak email anda dibanjiri dengan ratusan email yang tidak diundang. Lantas pelbagai cara digunakan untuk melindungi email masing² termasuklah dengan menulisnya seperti eriyza[at]gmail[dot]com atau eriyza(@)gmail(.)com.
Selain dari cara di atas, anda juga boleh menjadikan alamat email anda sebagai gambar. Selain itu, anda juga boleh menjadikan teks lain sebagai gambar. Lihat contoh email yang penulis buat untuk blog ini.
Untuk menggunakan perkhidmatan ini, silalah berkunjung ke TxtNinja.
Sep 27, 2009
Semak Multi Email Dengan Webmail Notifier
Kebanyakan pengguna internet mempunyai lebih dari satu email. Antara penyedia email terkenal ialah Yahoo dan Gmail. Penulis yakin anda juga mempunyai akaun email di kedua²nya. Justeru, jika anda menggunakan Firefox, anda boleh menyemak email² anda dengan mudah tanpa perlu login satu persatu akaun² tersebut.
Anda cuma perlu memasukkan addon Webmail Notifier ke dalam Firefox anda. Kemudian, lengkapkan maklumat Username dan Password pada email pilihan anda. Seterusnya Add sahaja email tersebut. Setakat ini, ia menyokong email² seperti berikut :-
- mail.google.com(Gmail & Google Apps)
- mail.yahoo.com (yahoo.com, ymail.com, rocketmail.com)
- mail.live.com(hotmail.com, msn.com, live.com)
- www.daum.net(hanmail)
- www.naver.com
- www.empas.com
- www.nate.com
Jumlah email yang belum di baca akan dipaparkan pada sudut kanan di status bar anda. Anda klik sahaja di situ dan anda akan di bawa ke akaun email anda. Mudah dan cepat.
May 15, 2009
Masukkan Latarbelakang Pada Email Yahoo
Bagi penggemar email Yahoo, anda boleh meletakkan latarbelakang pada email anda untuk mencantikkan lagi email tersebut. Jika sebelum ini anda sering menghantar email dengan paparan putih sahaja, kini anda ada pilihan untuk membuatkan penerima email anda gembira.
1. Login ke email Yahoo.
2. Pilih New Email Message.
3. Pada sudut atas bahagian kanan email, klik pada Stationery. Pilih saja gambar yang anda suka.
4. Tulis email seperti biasa dan Send.
Email seperti ini amat sesuai untuk dihantar pada buah hati atau rakan². Selamat mengutus email.
Date :
Friday, May 15, 2009
5
Comment
Apr 14, 2009
Multi ID Untuk Yahoo Messenger
Tahukah anda bahawa anda boleh menggunakan id lain selain id email ketika bersembang di Yahoo Messenger anda?? Mungkin sudah ramai orang yang tahu tentang ini tetapi bagi yang tidak tahu, anda wajar menghabiskan pembacaan topik ini.
Katakan anda mendaftar email Yahoo! anda dengan id matretro@yahoo.com, kemudian anda rasakan id tersebut tidak begitu menarik untuk diberi kepada teman² sebagai id Yahoo Messenger anda. Justeru, anda boleh menambah id baru untuk menggantikan id utama anda. Dari matretro anda boleh bertukar kepada dakshuffle. Caranya cukup mudah.
1. Login ke akaun Yahoo! anda.
2. Pada paparan hadapannya, anda klik pada nick anda.
3. Di Yahoo! Account Info, anda lihat tab Public Information. Pilih Edit/Create Aliases.
4. Seterusnya klik Add an alias. Masukkan id baru anda. Contohnya dakshuffle.
5. Save setelah anda berpuashati.
Nah, kini anda mempunyai dua id yang boleh digunapakai di Yahoo Messenger. Sama ada anda memberikan id utama iaitu matretro atau id baru dakshuffle, kedua²nya membolehkan anda bersembang dengan sahabat anda di Yahoo Messenger. Malah, anda juga boleh disenaraikan ke dalam Yahoo Messenger mereka sebagai matretro atau dakshuffle.
Walaubagaimanapun, id baru anda tadi tidak boleh dijadikan alamat email kerana ia berfungsi sebagai id tambahan kepada id utama sahaja.
Mar 12, 2009
Masukkan Foto Dalam Email Tanpa Attachment
Ramai orang memilih untuk menggunakan fungsi Attachment sewaktu menghantar gambar di dalam email. Jika gambar itu berada di dalam komputer anda, tentu sahaja ia lebih efektif untuk berbuat demikian tetapi jika gambar tersebut sudah tersedia di dalam blog atau web, anda sebenarnya boleh memilih cara yang lebih mudah untuk menghantar gambar di dalam email.
Kali ini penulis akan berkongsi dengan anda cara yang lebih pantas untuk memasukkan gambar ke dalam email. Lagi pun penulis kurang suka dengan proses Attachment yang berlaku. Penulis telah berjaya mengujinya ke atas email Yahoo dan Google.
Cara²nya adalah seperti berikut :-
1. Anda perlu dapatkan gambar yang telah disimpan di blog atau web. Klik kanan pada gambar tersebut dan pilih View Image.
2. Selepas itu hanya paparan gambar tersebut akan ditunjukkan. Sekarang anda perlu highligtkan atau tekan Ctrl + A. Klik kanan pada gambar tersebut dan pilih Copy Image atau Ctrl + C.
3. Pergi ke email anda, pilih Compose. Klik kanan dan pilih Paste atau Ctrl + V. Nah, sekarang gambar anda sudah terpampang dan sedia untuk dihantar. Akhir sekali, klik butang Send.
Anda sudah belajar cara baru untuk memasukkan gambar ke dalam email. Penulis berharap anda boleh mempraktikkannya. Jangan lupa komen ya.



