Sep 4, 2008

Menu Drop Down Untuk Kategori


Bloggers yang aktif menulis tentu sahaja menyiarkan topik di blognya dengan pelbagai kategori yang berlainan. Kadangkala senarai kategori tersebut terlalu panjang sehingga membuatkan laman blog menjadi sesak. Justeru, ada cara untuk membuatkan kategori blog anda menjadi menu drop down.


Anda perlu melakukan langkah² berikut.
  • Login.
  • Dashboard - Layout - Edit HTML.
  • Download Full Template sebelum mengedit blog.
  • Cari kod di bawah ini.

<b:widget id='Label1' locked='false' title='Labels' type='Label'/>

  • Gantikan kod di atas dengan kod ini pula.

<b:widget id='Label1' locked='false' title='Labels' type='Label'>
<b:includable id='main'>
<b:if cond='data:title'>
<h2><data:title/></h2>
</b:if>
<div class='widget-content'>

<br />
<select onchange='location=this.options[this.selectedIndex].value;'>
<option>Select a label</option>
<b:loop values='data:labels' var='label'>
<option expr:value='data:label.url'><data:label.name/>
(<data:label.count/>)
</option>
</b:loop>
</select>

<b:include name='quickedit'/>
</div>
</b:includable>
</b:widget>

  • Save template.
Sekarang anda boleh mengalihkan kategori drop down menu anda ke tempat yang dirasakan sesuai. Semoga berhasil.

Sumber : Blogger Buster

Sep 2, 2008

Seratus Hari


2 Ramadhan 1429 Hijrah bersamaan 2 September 2008, genaplah 100 hari arwah bonda meninggalkan kami. Terasa begitu cepat masa berlalu, dalam sedar atau tidak, kami berusaha berdikari menguruskan kehidupan sendiri tanpa bonda disisi. Ketiadaan bonda sangat dirasai di bulan yang mulia ini. Jika dulu, kami boleh bermanja dengan bonda seraya meminta bonda memasakkan juadah kegemaran kami.


Tapi kini, kami perlu menyediakan makanan untuk berbuka puasa sendiri. Tiada lagi masakan dari air tangan bonda yang lazat. Tiada lagi suara lunaknya memanggil penulis membantunya menyediakan bahan² masakan. Tiada lagi ajakannya ke surau untuk menunaikan solat terawikh. Hanya memori yang tinggal untuk kami abadikan di hati. Semoga roh bonda dicucuri rahmat. Al-fatihah.

Sayangnya, penulis tidak sempat menuntut semua ilmu masakan dari bonda. Justeru, penulis perlu belajar sendiri samada dari makcik² atau internet untuk menyediakan makanan. Penulis berharap penulis mampu memasak seenak masakan bonda. Namun, masih banyak lagi perlu dipelajari untuk menjadi tukang masak sehebat bonda.

Sep 1, 2008

Rahmat Ramadhan



Bulan penuh keberkatan muncul lagi. Bersyukurlah kita kerana masih diberi peluang untuk menikmati keindahan Ramadhan. Bagi remaja² yang masih belum melakukan perubahan diri, inilah waktu yang paling sesuai untuk berhijrah ke arah pembentukan sahsiah diri yang lebih baik. Usah menunggu lebih lama untuk menjadi seorang mukmin yang berakhlak cantik.


Penulis menyeru kepada pembaca blog ini serta diri penulis sendiri agar memartabatkan agama kita Islam di tempat yang selayaknya. Jangan dicemari kesucian agama Islam dengan perbuatan yang tidak bermoral. Laksanakanlah tanggungjawab sebagai seorang Islam dengan bersungguh². Jika sebelum ini, kamu bangga menayangkan bentuk dan lekuk di badan kamu, maka berubahlah dengan pakaian menutup aurat yang lebih sopan. Ingat, tutuplah aurat sebelum aurat kamu ditutup dengan kain kafan.

Selamat menunaikan ibadat puasa. Semoga amalan kita semua diterima Allah. InsyaAllah.