Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53 kepada warganegara Malaysia sejagat. Semoga kemerdekaan di dalam bulan Ramadhan ini membawa angin perubahan positif kepada setiap individu. Tema kemerdekaan tahun 2010 ialah 1Malaysia Menjana Transformasi. :mj
Aug 31, 2010
Malaysia Merdeka
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53 kepada warganegara Malaysia sejagat. Semoga kemerdekaan di dalam bulan Ramadhan ini membawa angin perubahan positif kepada setiap individu. Tema kemerdekaan tahun 2010 ialah 1Malaysia Menjana Transformasi. :mj
Tags :
Daily Notes
Aug 26, 2010
Bihun Singapura
Foto Ehsan : http://selerakini.blogspot.com/
Bulan puasa membuatkan tukang masak terpaksa kreatif mencipta menu untuk berbuka puasa agar tukang makan tidak mencebik dengan perkataan "Asyik makanan ni je... makanan lain takde ke?".
Semalam penulis memasak Bihun Singapura tetapi resipi asalnya telah penulis modifikasi mengikut citarasa penulis sendiri. Cara memasaknya agak mudah dan rasanya pun boleh tahan. Orang bujang pun boleh masak sebab senang sangat. Mari penulis ajarkan Bihun Singapura ala Eriyza.
Bahan ²
1 bungkus bihun (celur dan tos)
6 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
7 tangkai cili padi (ditumbuk)
Isi ayam (potong kecil)
Sotong @ udang
Bunga kobis
Cili padi (potong kecil)
Minyak
Cuka
Garam
Perasa
Cara ²
Pijarkan sedikit minyak.
Tumiskan bahan yang telah ditumbuk dan cili padi sehingga wangi.
Masukkan ayam berserta sotong atau udang.
Masukkan garam, perasa dan cuka.
Masukkan bihun dan kacau rata.
Masukkan kobis bunga.
Hiasan
1 biji telur (goreng dadar, gulung dan potong serong)
Anda boleh menambah sayur²an seperti sawi, kobis, kucai atau lobak merah mengikut citarasa anda sendiri. Selamat mencuba.
Tags :
Recipe
Aug 25, 2010
Bulan Puasa
Kita sudah berada di hari kelima belas Ramadhan. Sekejap sahaja masa berlalukan?? Kali ini penulis hidangkan lagu berjudul Bulan Puasa dari kumpulan nasyid yang pernah popular di zaman mak abah kita dahulu iaitu El Suraya.
Happy listening ♥
Tags :
Video
