Dec 4, 2012

Majlis Perkahwinan Ella ♥ Azhar


Ratu Rock Malaysia, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila binti Aminuddin telah menjadi isteri kepada Azhar Ghazali pada 7 Julai lalu. Pada 1 Disember 2012, pasangan ini baru berkesempatan mengadakan majlis persandingan di Kelab Darul Ehsan.

Ahli Silap Mata Terbakar Di Kepala


Ahli silap mata Amerika Syarikat, Wayne Houchin mengalami detik mencemaskan apabila sebahagian kepalanya terbakar selepas seorang hos televisyen menyembur sejenis minyak wangi ke arahnya. Insiden itu berlaku pada 26 November 2012 di Republik Dominica.

Dec 3, 2012

Abang Mati Dibelasah Adik Sendiri


Siapa sangka pergaduhan dua beradik lelaki membawa kepada tragedi menyayat hati apabila salah seorang daripada mereka meninggal dunia. Kejadian itu berlaku pada pukul 8 malam kelmarin di ruang tamu kediaman kelamin warga tentera di Kem Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang.