Jul 8, 2012

Majlis Akad Nikah Ella ♥ Azhar


Akhirnya Ratu Rock Negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, bertemu jodoh dengan jejaka berusia 31 tahun iaitu Azhar Husaini Ghazali. Terjawab sudah segala soalan tentang tarikh pernikahan Ella yang sering menjadi pertanyaan masyarakat. Ella ♥ Azhar sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz pada jam 10.30 malam setelah dinikahkan oleh Jurunikah Masjid Nurul Iman, Klang, Baharuddin Abu Bakar berwalikan abang kandung Ella, Mohd Noor Izam Aminudin.


Satu pertunangan ringkas turut diadakan sebelum majlis akad nikah berlangsung. Majlis akad nikah tertangguh lebih 2 jam ekoran bekalan elektrik terputus. Pengantin perempuan turut mengalirkan airmata tanda mensyukuri pernikahannya dengan juruterbang syarikat Firefly itu.


Dalam majlis pernikahan yang diadakan di Teluk Gadung, Klang, pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM50,300. Pihak lelaki memberi tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.


Majlis akad nikah Ella ♥ Azhar hanya dihadiri oleh keluarga kedua-dua pengantin, teman rapat dan wakil media yang dianggarkan berjumlah 300 orang. Pasangan pengantin yang menggayakan pakaian rekaan Saiful Baharim akan mengadakan majlis resepsi pada 1 Disember depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Selamat Pengantin Baru buat Ella ♥ Azhar. Semoga ikatan kasih sayang kalian berkekalan sehingga ke hujung nyawa.

©Eriyza : Membesar dengan lagu-lagu rock Ella.

Via : mStar | Rotikaya

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.