Dec 31, 2004

Babai 2004, Welkam 2005

Akhirnya 2004 tiber ke penghujungnya pd arinih. Alhamdulillah, aku bejaya mengharungi tawun 2004 ngan pelbagai memori suka duka. Aku bersyukur ngan seme kejayaan yg telah aku perolehi dan aku redha ngan seme kedukaan yg menimpa.Antara azam aku yg telah tecapai ialah :-

[+] Aku bejayer memiliki sebuah kereta.
[+] Aku menjadi sorang guru yg dedikasi.
[+] Aku memantapkan bisnes family aku.

Pada tawun 2005, aku telah wat azam baru. Aku beharap seme impian aku akanmenjadi kenyataan. Insyaallah. Korang doakan laa azam aku menjadi nyata erkkk.Antara azam aku tawun 2005 ialah :-

[+] Aku nak menamatkan zaman bujang.
[+] Aku nak jadik guru yang cemerlang.
[+] Aku nak jadik wanita solehah.
[+] Aku nak modified kereta.
[+] Aku nak mengekalkan hubungan ngan seseorang.

Aku nak ucapkan tengkiu kepada seme kengkawan siber aku yg byk membuatkanaku gumbira. Tengkiu to Chipsmunk, Yati, Cheryna, Honey [skadar menyebut beberapa nama] kraner sentiasa menceriakan idup nih. Walopun kiter x penah jumpe [kecuali Yati], namun korang seme kawan yg best. Frendz forever.

Jutaan tengkiu aku nak ucapkan tuk seseorang yg aku cintai, sayangi danrindui kraner sentiasa besikap sporting walopun aku slalu membuatkan diermaghah, kecik ati dan pening ngan karenah aku. You're my best boyfriend ever after. Semoga hubungan kiter bekekalan wat selamanya. Mmmuuuaaahhhhh!

Tengkiu jugak kepada seme pembaca blog nih yg sudi membaca luahan atiku. Sokongan korang amat dihargai. Sesungguhnya yg baik itu datang dr Allah dan yg buruk itu dr kelemahan diri aku seniri. Wallahua'lam.

Babai 2004..... Welkam 2005!!!



Dec 28, 2004

Party Like This



Ahehe! Korang maseh hingat lagik tak dialog kat atas tuh?? Bestkan citer tuh?? Aku tingin laa plaks nak layan smuler citer 10 Things I Hate About You. Kekekekeke!

Hokeh, aku sebenonya baru je balik dr majlis makan² kat umah kazen aku. Memacam makanan ade, mee goreng, bihun goreng, tomyam, ayam bakar dan udang bakar. Heheh! Makin membadak laa aku pasnih sal asek ternak badan je. Ahaks. Sesambil makan wal minum tuh, ader laa plaks ektibiti karaoke, aku sebenonya x penah amik port lam karaoke seblum nih, tetiber jerk arinih aku kener pakser nyanyi. Huwaaa, penderaan tul laa dorang nih. Nak tanak, kener laa jugak aku mendendangkan sora sumbang aku nih tuk halwa tinge dorang. Lagu aper erkkk yg aku nyanyi tadi?? Herm, kalo x silap, aku nyanyi lagu Isabella, Penantian dan Cinta Bandar Tasik Selatan. Wakakaka! Gitu ler adernya aku, maklum laa tanak hampakan pemintaan peminat.

Tetengah best nyanyi, hp aku plaks dok menjerit suh angkat. Rerupernya dak Ayeen call aku, so, kener laaa aku rentikan nyanyian aku tuh. Sembang samer kawan dolu laa beb. Pehtuh aku pi kaco kazen aku men gitar tong. Muehehe! Sronok tul laa aku dok nyakat kazen² aku tuh. Jahat tul laa aku nih, biler laa nak jadik dak baik erkkk?? Gitu ler secebis kesah aku dimalam nih. Sekian, mekaseh.

Dec 26, 2004

Aku Diburu Kewisauan

Aku kembali lagik. Actually pc aku nih wat hal, monitor tanak on laa plaks biler aku pasang. Adeh, geram betoi laa aku. Nih pun aku dok borrow Khairi punyer monitor, mamat tuh hambik kat opis dier. Saper itu Khairi?? Doktor?? Lawyer?? Majistret?? Ahehe! Khairi tuh technician peribadi aku laaa. Wakakaka, cam doktor peribadi laa plaks yerk. Kalo pc aku hader poblem, mamat nih laa owg petamer yg aku call. Haper pun, thanx to Mr. Khairi yg kasik aku pinjam monitor nih tuk beberapa ari sampai laa monitor aku siap dirawat. Heharap laa pc aku x masuk icu, masuk wad biasa dah ler. heHeh!!!

Bebalik pd kesah aku laa plaks yerk, lately nih aku asek wisau jerk. Aku pun tatau naper laa ati aku nih asek wisau jerk, dek kraner kewisauan aku yg agak kronik tuh, aku pun tulih laa email tuk tanyer kat owg tuh ttg haper yg aku raser. Dier dah pun balas email tuh tp bukannya menjawab soklan aku sebaliknya dok bagi contoh kat aku. Nak kater aku paham isi email tuh, aku macam x baper paham jerk. Nak kater x paham pun, aku macam bleh agak aper yg dier cuber nak bitau tp aku still blur lagik. Huhuhu! Kang kalo aku tanyer lagik, dier buhsan plaks ngan soklan samer. Haper yg harus aku wat erkkk?? Ya Allah, bantulah hambamu ini.

Kengkadang aku raser, aku nih byk sgt bepk laaa, biler aku dah bepk tuh, muncul laa andaian positif dan negatif. Kalo tang positif takper lagik tp kalo tang negatif, muler laaa aku wisau x tentu pasal. Huwaaa! Apsey laa aku jadik camnih yerk?? Salah ker aku asek tanyer soklan yg samer?? Salah ker aku tanyer tentang suatu benda yg lum pasti?? Salah ker aku wisau ngan keadaan pada maser akan datang?? Salahkah aku kraner asek betanyer?? Besalahkah aku ini?? Tulung laaa bagitau aku, aderkah aper yg aku wat nih salah?? Pleaseeee!


IkLan - Aku menangis lagik.....




Dec 22, 2004

Norlida Saman Hasmawi

Norlida bersama Hasmawi ketika bertunang pada Julai 2003.
KLUANG: Jururawat, Norlida Abdul Rahman, semalam melantik peguam untuk mengendalikan tindakan undang-undang ke atas pemain bola sepak Kedah, Hasmawi Hassan, yang membatalkan perkahwinan mereka sebelum pernikahan berlangsung, Jumaat lalu.

Norlida, 23, yang ditemani abangnya, Mohd Zain, 28, dan abang angkat, Rosman Fozir, 25, pergi ke pejabat Tetuan K Siladass & Partners di sini kira-kira jam 2 petang semalam untuk berbincang mengenai kes berkenaan.Peguam, K Siladass, ketika ditemui berkata, pihaknya akan memfailkan tuntutan saman mengikut peruntukan undang-undang am ke atas Hasmawi di Mahkamah Tinggi Muar, tengah hari ini.“Norlida melalui pengalaman menakutkan. Bagi gadis muda sepertinya, ini sesuatu yang menyukarkan. Dia sudah mengarahkan kami mengendalikan prosiding perundangan dan kami sedang melakukannya,” katanya.Siladass berkata, notis berkenaan mengandungi tuntutan ganti rugi am ke atas kesukaran yang dialami jururawat terbabit serta keluarganya berikutan kejadian yang amat memalukan itu.


Ditanya sama ada sebarang jumlah tuntutan ganti rugi dibincangkan pada pertemuan itu serta nilai dikemukakan kepada mahkamah, Siladas berkata: “Kami tidak bincangkannya...nilainya biar mahkamah tentukan.”Norlida yang kelihatan tenang dan tabah menghadapi kejadian itu, berkata keputusan mengambil tindakan undang-undang ke atas bekas tunangnya itu dipersetujui semua ahli keluarga.“Ayah (Abdul Rahman Mansor) setuju (tindakan undang-undang)...semua ahli keluarga bersetuju,” katanya, sambil menambah rasa kasihnya terhadap Hasmawi semakin terhakis ekoran peristiwa itu.“Buat masa ini, hati saya sudah tertutup buatnya. Lagi pun, sampai sekarang dia atau ahli keluarganya tidak langsung menghubungi saya atau keluarga,” katanya.Gadis bertubuh langsing itu bagaimanapun sedikit sedih apabila ditanya sama ada dia sedia memaafkan Hasmawi jika bekas tunangnya itu atau ahli keluarganya memohon maaf.“Saya masih kebingungan dan tak percaya perkara ini berlaku. Malu sangat. Perkara ini tidak seharusnya berlaku dan ia menyakitkan.


Hasmawi langsung tidak memberi penjelasan, begitu juga ahli keluarganya.“Kejadian ini menjejaskan masa depan saya. Jadi, saya sudah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang sewajarnya dan menyerahkan segala urusan kepada mereka,” katanya.Kisah Hasmawi dan Norlida mendapat perhatian apabila pemain bola sepak Kedah itu memutuskan pertunangan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), kira-kira 19 jam sebelum pernikahan dilangsungkan, Jumaat lalu.Bagaimanapun, majlis kenduri tetap diteruskan di rumah pengantin perempuan di Felda Ulu Dengar, Kahang Timur, Kluang, Ahad lalu berikutan kad jemputan sudah diedar kepada kira-kira 1,000 tetamu, rakan dan saudara mara.


IkLan : Baguih laa Norlida, memang patut pun hang saman lelaki takdak prinsip camtuh. Huhhh!!!



Dec 20, 2004

Batalkan Penikahan Melalui sMs! Huhhh!!!

Pengantin pompuan besanding sengsorang kraner pengantin lelaki tamau kawen.

KLUANG: Seorang bakal pengantin di sini terpaksa melupakan majlis pernikahan dan persandingan pada saat akhir apabila pasangannya memutuskan pertunangan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), Jumaat lalu.

Bagaimanapun, majlis kenduri diteruskan di rumah pengantin perempuan di Felda Ulu Dengar, Kahang Timur, dekat sini kelmarin berikutan kad jemputan sudah diedar kepada kira-kira 1,000 tetamu, rakan dan saudara mara.

Norlida Abdul Rahman, 23, menerima SMS bertulis ‘Pa minta maaf harap Ma faham. Mungkin ditakdirkan kita tak ada jodoh. Minta maaf kat abah dan mak, bukan niat Pa untuk malukan depa’, daripada pemain bola sepak sebuah negeri, 19 jam sebelum majlis pernikahan mereka.

Norlida berkata, sebelum itu beliau berulang kali mengesan tunangnya yang menghilangkan diri, tetapi gagal hinggalah pada jam 2 pagi Jumaat, dia menerima SMS yang meminta maaf dan mengatakan mereka tiada jodoh.
Beliau mengenali tunangnya ketika menyambung pelajaran di Pulau Pinang pada Ogos 2001 menerusi seorang rakan. Ketika itu, lelaki terbabit sudah bermain dalam Liga Malaysia, tetapi mewakili negeri lain.Selepas dua tahun berkawan, mereka akhirnya mengikat tali pertunangan Julai tahun lalu dan merancang mendirikan rumah tangga tahun ini.“Semua persiapan berjalan lancar sehinggalah pada Isnin (13 Disember) lalu, apabila tunang saya menunjukkan sedikit perubahan dan kelihatan ragu-ragu mengenai perkahwinan kami."Mulanya dia mengatakan mungkin tak ada jodoh.

Bagaimanapun, selepas berbincang dia kembali seperti biasa dan meneruskan perbincangan mengenai persiapan perkahwinan kami."Kali terakhir saya dapat berbual dengannya ialah pada Khamis, 16 Disember lalu. Ketika itu, dia menelefon saya dan mengatakan dia sudah memasukkan baki wang hantaran RM4,000 daripada RM6,000 ke dalam akaun saya," katanya.Norlida bagaimanapun berkata, beberapa jam selepas itu abang tunangnya menelefon dan bertanya sama ada dia dapat menghubungi tunangnya kerana mereka sekeluarga tidak dapat mengesan lelaki berkenaan.

Katanya, dia cuba berulang kali mengesan tunangnya itu, namun gagal hinggalah pada jam 2 pagi Jumaat, dia menerima SMS yang meminta maaf dan mengatakan mereka tiada jodoh."Pada pagi Jumaat, saya menghubungi keluarganya dan mereka meminta hari pernikahan yang dijadualkan selepas Isyak pada Jumaat lalu ditangguhkan keesokannya (Sabtu) untuk memberi mereka peluang mencari tunangnya."Bagaimanapun, sehingga pagi Sabtu tiada sebarang berita mengenainya dan keluarganya mengatakan tidak dapat datang kerana pengantin lelaki sudah tiada," katanya.



Dec 19, 2004

Keta Dua Alam





Huiyoo! Best siuttt kalo aku dapat rembat keta nih sebijik. Keta nih bleh meluncur lam air ler beb. Takyah laa aku jalan kaki lagik redah banjir musim tengkujuh nanti. Ahaks! Best laa plaks kalo time brangan mat jenin nih. Ader sesaper nak prezenkan aku keta nih tak?? Wat hantaran kawen pun bleh gak nih! Kekeke!!!

Dec 18, 2004

Sunflower - My New Blog Skins

Never Be Replaced

Baby I love you and i'll never let you go
But if I have to boy
I think that you should know
All the love we make can never be erase
And i promise you that you will never be replaced
Baby I love you and I'll never let you go
But if I have to boy
I think that you should know
All the love we make can never be erase
And i promise you that you will never be replaced

I love you yes i do
I'll be with you as long as you want me too
Until the end of time From the day I met you
I know we've be together
And now I know I wanna be with you forever
I wanna marry you and i wanna have your kids
Thinking never compare to feel enough to kisses

I can say i'm truly happy to the same
You've made me think
I'll die and live my life hesitate
There's never been no doubt in my mind
That i'll regret ever having you by my side
But if the day come that i'll have to let you go

I think that something
I should probadly let you know
With everything that i spent with you
Then i will miss you cuz i'm happy that i have you at all
I feel for you yes i do
I'll be with you as long as you want me to
Until the end of time

Ahehe! Aku tuko skin lagik. Sesaje jerk tuko angin tp maseh lagik pilih black kaler. Aku dok carik blue kaler tp takdak laa plaks yg bekenan di ati. Aha, luper plaks nak citer, lagu latar baru blog aku nih, aku tejumper kat satu blog lain, pastuh aku cilok jerk laa. Aku suker ngan lirik dier tuh. Haper pun , layan laaa yerk! Kekeke!!!

Dec 1, 2004

Jangan Berhenti Mencintaiku

Jangan Berhenti Mencintaiku

Hari kian bergulir
Semakin dekat dirimu di hatiku
Meskipun tak terucapkan
Ku merasakan dalamnya cintaku

Jangan berhenti mencintaiku
Meski mentari berhenti bersinar
Jangan berubah sedikitpun
Di dalam cintamu ku temukan bahagia

Jalan mungkin berliku
Tak kan lelah bila di sampingmu
Semakin ku mengenalmu
Jelas terlihat pintu masa depan

Semoga tiada berhenti
Bersemi selamanya

Pest time dengo lagu nih, aku terus tetarik ngan melodi dan liriknya. Tanper belengah lagik, aku pun memulakan operasi menjejaki lagu nih kat server webnet. Naseb bek laaa, ade budak_jahat yg bemurah ati sudi carikkan lagu nih tuk aku. Betuahnya badan. HeHeh!!! Berulang kali aku putaq lagu nih kat jet audio. Huhuhu! Bestnya lagu nih, wat aku melayang kat kayangan jerk. Kekeke!

Aku mencari insan seperti ini, yang akan mencintaiku tuk sepanjang hayatnya, takkan berubah cintanya walau apa pun yang terjadi. Mampukah aku jadikan impianku ini satu realiti?? Aku berharap aku akan temui lelaki seperti ini, yang sudi bersamaku sehingga ke hujung usia. Sudi berkongsi gelak tawaku, sudi meredakan kesedehanku, sudi memimpin tanganku ke syurga. Mungkin impianku ini sukar nak dicapai, namun aku berdoa agar aku dijodohkan dengan lelaki seperti ini.

Aku perlukan seorang lelaki yang banyak ilmu agamanya kerana aku jahil. Aku perlukan seorang lelaki yang tinggi kesabarannya kerana aku banyak karenah. Aku perlukan seorang lelaki yang boleh betoleransi kerana aku suka berterus terang. Aku perlukan seorang lelaki yang gemar tersenyum kerana aku suka menyakat. Aku perlukan seorang lelaki yang menerimaku seadanya kerana aku banyak kelemahan. Wahai bakal suamiku, dimanakah kau berada?? Mungkinkah kau berada jauh dari sisiku ato sentiasa berada disampingku saban hari?? Hadirlah kau ke dalam hidupku, mengertilah bahawa aku bersedia membuka pintu hatiku untuk kau takluki hatiku. Aku terus mencari dari tulang rusuk lelaki manerkah diriku ini ditakdirkan.

Tuk seseorang yg paling aku sayangi, aku takkan berhenti mencintaimu, sayang. Mudah²an dikaulah lelaki yang daku cari selama ini.