Jul 31, 2006

Wanita Solehah

Wanita solehah adalah baik akhlaknya serta menjalani segala yang diperintah Allah SWT. Sifat-sifat wanita solehah adalah seperti :

1. TIDAK BANYAK MEMANDANG KEPADA LELAKI
"Imam Ghazali mengatakan bahawa wanita yang paling cantik adalah yang baik akhlaknya, cantik wajahnya (fizikalnya), mencintai suaminya, tidak banyak memandang kepada lelaki lain"

2. MURAH MAHARNYA
" Emas kahwin wanita yang menepati ciri-ciri solehah adalah ringan dan murah. Sabda Nabi SAW,:"Wanita yang terbaik ialah tercantik mukanya dan yang termurah maharnya."(H.R. Ibnu Hibban)

3. MELAHIRKAN ANAK
" Mengahwini wanita yang ramai melahirkan anak digalakkan sebagaimana sabda Nabi SAW,: 'Hendaklah kamu mengahwini wanita yang banyak melahirkan anak dan yang mencintai suaminya' (H.R.Abu Daud dan An-Nasa'i). Kalau wanita itu keadannya belum diketahui, maka hendaklah diperhatikan dari segi kesihatan dan kemudaannya. Kerana bila dua sifat itu ada, biasanya wanita itu boleh melahirkan ramai anak"

4. MENGAHWINI GADIS ATAU PERAWAN
" Nabi menggalakkan umatnya agar terlebih dahulu mengahwini gadis atau perawan. Nabi pernah bersabda kepada Jabir, di mana Jabir mengahwini seorang janda: "Mengapa engkau tidak mengahwini seorang gadis, supaya engkau bersenda gurau dengan dia dan dia bersenda gurau dengan engkau."

5. WANITA YANG BERADAB DAN BERBUDAYA
"Wanita itu hendaklah yang berbudaya ataupun berpegang kuat kepada tradisi adat yang benar kerana ia akan mendidik anak-anaknya dengan cara yang benar. Kalau ia sendiri tidak beradab dan berbudaya, nescaya tidak akan pandai mendidik anak-anaknya."

6. JAUHI KAHWIN DENGAN KERABAT YANG TERDEKAT
"Rasulullah SAW menganjurkan agar tidak mengahwini keluarga yang terdekat kerana yang demikian itu mengurangkan nafsu syahwat. Nabi SAW bersabda : "Janganlah engkau kahwini kerabat yang dekat, kerana anakmu nanti akan menjadi kurus." Syahwat itu akan bangkit dengan memandang dan menyentuh. Sedangkan kekuatan syahwat itu apabila ia memandang sesuatu yang berlainan dari yang biasa nampak. Adapun dari kerabat dekat, yang ia biasanya nampak, adalah melemahkan perasaan dan syahwat."

Jul 16, 2006

Ulat Y2K


Phyllis Smith tengah sibuk berperang dengan ulat @ serangga perosak kat kebunnya. Tiba-tiba, dia terjumpa mesej “hi” daripada ulat tu pada salah satu tomatonya:

“We got down and was pruning and got down there and just pulled open those tomato vines,” Smith said. “There was a message that that bold bug had left on that tomato, and it said, ‘hi.’ And it just blew our minds. I laughed so hard.”

Ahaks! Ulat pun dah pandai tinggalkan mesej sekarang erkkk. Dah laa pekebun tuh jenuh dok maki-hamun ulat nih, ia selamba je kata "Hi". Cam sengaja perli laa plaks. Kekeke! Agaknya nih laa ulat buku yang selalu diperkatakan tuh. Sebab rajin baca buku, ia dah mula pandai menulis laa plaks. Tulih jangan tak tulih wahai sang ulat.

Penghargaaan : Eremaja.Com

Jul 12, 2006

Maksiat


Semalam sewaktu pulang dari membeli barang keperluan harian, penulis memandu di belakang 3 buah motosikal. Kesemua motosikal tersebut ditunggang dek anak² muda yang berkapel. Mereka kelihatan bangga dapat monggek dengan pasangan masing². Di barisan hadapan, penulis memerhatikan penunggang dan pemboncengnya duduk terlalu rapat. Tidak keterlaluan kalau penulis katakan bahawa mereka itu seolah² melekat, tiada ruang antara mereka.

Penulis berasa kasihan dengan ibu bapa mereka, disaat ibu bapa mereka beranggapan bahawa anak² teruna/gadis mereka pergi ke kelas tambahan atau keluar bekerja, senario yang sebaliknya pula berlaku. Rupa²nya permata hati yang disangka berada di tempat kerja atau kelas, sedang bermaharajalela membuat maksiat bersama pasangan masing². Sungguh memalukan. Inikah anak² yang dibanggakan oleh kedua orang tuanya? Sewaktu zuriat itu mereka lahirkan, terlalu banyak pengharapan yang mereka letakkan pada si anak. Mereka mahu anak² itu menjadi penyambung kejayaan yang tidak dapat mereka gapai dahulu lantaran kemiskinan yang menghimpit diri. Tetapi anak² zaman kini hanya tahu bersuka² dan berpoya² tanya memikirkan kesan dan akibat kepada keluarga mereka.

Penulis teringat kata² seorang makcik penulis, antara benda yang dia beritahu penulis ialah anak lelaki umpama berlian. Nilainya tidak terjejas walaupun sudah tiada teruna sebelum kahwin kerana sukar untuk dibuktikan keterunaannya. Manakala anak gadis pula umpama kaca, apabila sudah retak, sukar untuk dipulihkan kembali, hanya menunggu masa untuk pecah berderai. Maruah sangat penting bagi seorang wanita, janganlah digadai body hanya kerana termakan budi.

Wahai anak² muda, sedarlah diri. Patuhilah perintah Allah, jauhilah maksiat. Kasihanilah kedua orang tuamu yang sering tertipu dengan kepura²anmu.

Kosa kata : Monggek - Dating atas motor


Penghargaan : Karut