Jul 12, 2006

Maksiat


Semalam sewaktu pulang dari membeli barang keperluan harian, penulis memandu di belakang 3 buah motosikal. Kesemua motosikal tersebut ditunggang dek anak² muda yang berkapel. Mereka kelihatan bangga dapat monggek dengan pasangan masing². Di barisan hadapan, penulis memerhatikan penunggang dan pemboncengnya duduk terlalu rapat. Tidak keterlaluan kalau penulis katakan bahawa mereka itu seolah² melekat, tiada ruang antara mereka.

Penulis berasa kasihan dengan ibu bapa mereka, disaat ibu bapa mereka beranggapan bahawa anak² teruna/gadis mereka pergi ke kelas tambahan atau keluar bekerja, senario yang sebaliknya pula berlaku. Rupa²nya permata hati yang disangka berada di tempat kerja atau kelas, sedang bermaharajalela membuat maksiat bersama pasangan masing². Sungguh memalukan. Inikah anak² yang dibanggakan oleh kedua orang tuanya? Sewaktu zuriat itu mereka lahirkan, terlalu banyak pengharapan yang mereka letakkan pada si anak. Mereka mahu anak² itu menjadi penyambung kejayaan yang tidak dapat mereka gapai dahulu lantaran kemiskinan yang menghimpit diri. Tetapi anak² zaman kini hanya tahu bersuka² dan berpoya² tanya memikirkan kesan dan akibat kepada keluarga mereka.

Penulis teringat kata² seorang makcik penulis, antara benda yang dia beritahu penulis ialah anak lelaki umpama berlian. Nilainya tidak terjejas walaupun sudah tiada teruna sebelum kahwin kerana sukar untuk dibuktikan keterunaannya. Manakala anak gadis pula umpama kaca, apabila sudah retak, sukar untuk dipulihkan kembali, hanya menunggu masa untuk pecah berderai. Maruah sangat penting bagi seorang wanita, janganlah digadai body hanya kerana termakan budi.

Wahai anak² muda, sedarlah diri. Patuhilah perintah Allah, jauhilah maksiat. Kasihanilah kedua orang tuamu yang sering tertipu dengan kepura²anmu.

Kosa kata : Monggek - Dating atas motor


Penghargaan : Karut

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.