Aug 27, 2006

Raja Sehari

Selamat Pengantin Baru Buat Pasangan
Rizal & Roshuheda


Mudah²an kalian berdua dikurniakan :-

- Anak² yang soleh dan solehah
- Kebahagiaan hingga hujung nyawa




Penulis berpeluang ke kenduri kahwin sorang teman di Sungai Isap 2 Kuantan, Pahang. Walaupun penulis jarang sekali ke sana, alhamdulillah perjalanan penulis bersama sorang lagik rakan tidak menghadapi banyak masalah. Penulis sedikit gusar, bimbang kami sesat jalan. Namun, perjalanan kami lancar dari Kemaman ke Kuantan.

Lebih kurang pukul 12.50 tengahari, penulis tiba di rumah pengantin perempuan. Penulis terus menapak ke rumah pengantin dan melihat pengantin pompuan yang tampak anggun dengan busana songket hijau pucuk pisang sedang menanti kehadiran putera idamannya dengan sabar. Penulis menyalami tangan pengantin pompuan dan memperkenalkan diri sebagai rakan kepada pengantin lelaki. Penulis menunggu seketika di ruang hadapan pelamin kerana dikhabarkan majlis persandingan akan berlangsung tidak lama lagi.

Kedengaran muzik berirama kompang dipasang, menandakan pihak lelaki sudah tiba. Ketika itu waktu sudah menginjak ke angka 1.30 petang. Mempelai disandingkan di persada pelamin yang cukup indah. Bertautlah sudah kasih dua insan yang saling mencintai. Alangkah bahagianya mereka kerana kini masing² sudah memiliki antara satu sama lain. Hubungan mereka sudah halal dalam semua segi. Sesekali pasangan mempelai tersipu malu apabila kedengaran suara² nakal sanak-saudara yang asyik mengusik mereka. Acara menepung tawar dimulakan dengan kedua² ibu bapa pengantin. Seterusnya disusuli pula oleh kaum keluarga yang lain. Penulis yang membawa camera, terasa segan pula untuk merakamkan detik terindah mereka, lantas penulis biarkan saja camera tersebut di dalam tas tangan. Ternyata perasaan segan menggunung dalam diri penulis.

Selepas resepsi majlis persandingan, acara makan beradat pula dilangsungkan. Kebetulan pula, penulis menjamu selera tidak jauh dari meja pengantin. Selepas itu, pengantin bersalam dengan sanak saudara dari kedua belah pihak. Seketika kemudian, penulis menghampiri pasangan mempelai dan mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada mereka. Mudah²an jodoh mereka berkekalan sehingga akhir usia. Segak sungguh sahabat penulis dengan pakaian pengantinnya, persis putera raja zaman dulu kala. Tambahan pula, wajahnya yang kacak hasil campuran perkahwinan melayu china kelihatan semakin tampan setelah dicalit sedikit mekap.

Setelah selesai mengucapkan tahniah, penulis beredar pulang. Penulis berasa amat seronok kerana dapat menghadiri hari bersejarah sahabat penulis ini. Dia yang penulis kenali kira² 5 tahun dahulu, tidak pernah penulis temui. Kami berhubung hanya melalui tulisan dan suara. Akhirnya, kami bertemu jua dengan izin Allah pada detik keramat 27 Ogos 2006 / 2 Sya'ban 1427H. Doa dan harapan penulis agar kalian berdua dan bakal anak² kalian dirahmati Allah selalu hendaknya.

Selamat Pengantin Baru!

3 Comment

skylinez_boyz Thu Aug 31, 01:08:00 AM

akum...selamat pengantin baru.. salam perkenalan. saya baru melancarkan web terbaru iaitu www.infomalaya.com.. nak exchange link leh tak?

Sandra White Thu Aug 31, 07:39:00 AM

phentermine - health insurance - debt consolidation - home equity loans Nice comment.. I ll come back for sure :]

dpaka69 Tue Sep 12, 11:49:00 AM

assalamualaikum dan salam perkenALAN DARI dpaka69,selamt pegantin baru semoga kekal ke akhir hayat,
kalau adae mase leh la lawat blog saya
etek: http://healthforlifestyle.blogspot.com/

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.