Nov 1, 2006

Wonderful Life

Sedutan Drama



Pelakon :

Kim Jae Won as Han Seung-wan
Eugene as Jung Se-jin
Lee Ji Hoon as Min Do-hyun
Han Eun Jung as Lee Chae-young

Bahasa : Korea

Episod : 16

Sinopsis :

Cerita bermula apabila Han Seung-wan (Kim Jae Won) menaiki pesawat yang sama dengan Jung Se-jin (Eugene) ke Singapura. Mereka telah tersilap mengambil passport sewaktu tiba di lapangan terbang. Seterusnya mereka bertemu semula di balai polis kerana Han Seung-wan ditahan akibat memanjat dinding apartmen teman wanitanya dengan berpakaian spiderman untuk memberi kejutan pada harijadi teman wanitanya. Seung-wan dan Se-jin menghabiskan masa bersama sepanjang hari sambil menenangkan antara satu sama lain akibat cinta mereka yang tidak kesampaian. Akhirnya, mereka menghabiskan malam bersama di situ.

Sekembalinya ke Korea, Se-jin mendapati dirinya hamil. Dia ingin memberitahu Seung-wan, malangnya Seung-wan telah kembali ke pangkuan bekas kekasihnya. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk melahirkan dan membesarkan anaknya sendirian.

Cerita seterusnya berkembang dengan Seung-wan mengetahui bahawa dia mempunyai anak dan dia dipaksa berkahwin dengan Se-jin. Kekalutan bermula apabila mereka terpaksa menjaga anak sambil menjalani kehidupan sebagai mahasiswa. Banyak insiden lucu berlaku.

Nota Penulis :

Bermula dengan menonton episod pertama, penulis terus tertarik untuk setia mengikuti perkembangan cerita ini. Terdapat banyak adegan mencuit hati dalam drama ini dan tidak kurang juga adegan menyentuh perasaan. Kim Jae Won cukup nakal dalam drama ini, wataknya yang tidak bertanggungjawab dan tidak matang menjadikan drama ini menarik. Lakonan Eugene juga tidak kurang hebatnya sebagai seorang wanita yang tabah dalam menjalani kehidupan.

Rating : 5/5

Download Drama Online

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.