Rasanya baru semalam meraikan tahun baru 2006 tetapi hari itu sudah setahun berlalu dan kini 1 Januari 2007 memunculkan diri. Ini bermakna, usiaku secara automatiknya terupdate setahun lebih tua. Adehhh! Rasa cam masih remaja laa plak. Hehe! Kebetulan, tanggal lahirku sama dengan bonda tercinta. Walau aper pun, kami tidak meraikan tarikh ini, maklum sajalah kami bukan golongan yang sering disogokkan dengan kek atau parti pabila ulang tahun kelahiran kami tiba.
Bak kata "seseorang", tiada yang istimewanya dengan hari lahir kerana umur kita meningkat setiap hari, bukannya hanya setahun sekali. Betul gakkan?? So, hari lahir hanya sekadar catatan sejarah dalam sijil kelahiran, bukan untuk diraikan. Terima kasih buat teman-teman yang menitipkan sms hari lahir. Semoga kalian bahagia selalu hendaknya. Maaf jua kupohon dari Yati kerana tidak berkesempatan berborak lama dalam telefon tadi disebabkan diri ini sedang memandu ketika itu. Nanti kita sembang lelamer yer dik.
Azam tahun baru?? Herm, aper yer?? Doa dan harapan, mudah-mudahan tahun ini Allah akan menemukan jodoh buat diri ini. Selain itu, diri ini juga perlu ditambah dengan pengisian iman dan ilmu dan bermanfaat. Heharap termakbul apa yang diimpikan. Insya allah.
Tahun 2006 merupakan tahun yang banyak mendatangkan suka duka buat diri ini. Jika dititipkan semuanya di sini, tentu diperlukan satu hari satu malam tuk dibaca. Biarlah rahsia kekal rahsia. Biarlah diri ini dan orang² yang berkenaan saja yang tau tentang sesetengah hal yang telah menjadi sejarah dalam kalendar tahun lepas.
Semoga kalian yang membaca titipan ini sejahtera selalu hendaknya. Jadilah insan yang berani menegakkan kebenaran, bukannya insan yang hanya mengikut arahan meskipun kalian tahu hal itu bercanggah dengan hukum Tuhan.
Maafkan diri ini wahai makhluk Tuhan, diri ini hanya insan biasa yang tidak terlepas dari kekhilafan.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.