Jan 6, 2007

Dilema Seorang Guru

Sewaktu membuat keputusan untuk menjadi guru tuisyen, penulis telah berazam untuk memberi iltizam sepenuhnya kepada anak² didik. Sebetulnya, tidak pernah terlintas di benak penulis untuk menjadik sorang guru, apatah lagik memikul tanggungjawab seberat ini. Menjadi sorang guru pada dasarnya adalah mudah, masuk aje ke kelas, bawa buku rujukan dan tulis topik yang berkaitan di papan putih. Namun, itu hanya pandangan umum pada profesion perguruan. Sebenarnya, tugas guru lebih rumit dari yang difikirkan oleh sesetengah orang. Guru bukan saja memikul tugas untuk mengajar anak² mengenal, membaca dan menulis. Harapan yang disandarkan oleh setiap ibu bapa pada guru² untuk memberikan yang terbaik buat anak mereka sungguh payah untuk direalisasikan.

Penulis mempunyai sorang pelajar yang penulis kira berpotensi untuk memperolehi keputusan cemerlang didalam peperiksaan UPSR sekiranya digilap dengan bagus. Tapi pelajar ini suka mengengkari arahan soalan. Penulis perhatikan jika soalan mengarahkan jawapan hendaklah dibuat dalam bentuk bulat, pelajar ini pula menanda jawapannya dengan membuat segi empat atau celoreng.

Natijahnya, kesemua jawapannya penulis berikan tanda pangkah kerana jawapan tidak mengikut skema jawapan yang ditetapkan. Sayang seribu kali sayang, hampir semua jawapannya betul tetapi salah cara. Peraturan tetap peraturan, penulis tidak akan berkompromi dengan hal sedemikian. Nak menangis? Nak marah? Nak mengadu pada mak ayah? Terpulang, sebab penulis bukan cikgu yang suka bagi markah kasihan.

2 Comment

halidah Tue Jul 10, 05:17:00 PM

assalamualaikum
LIVE STRONG!!
kamu org malaysia ya
aku indonesian saya jg seorg guru.
thks

Eriyza Tue Jul 10, 10:23:00 PM

Waalaikumussalam halidah.
Ya, saya org Malaysia.
Selamat berkenalan ibu guru. :)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.