Petang tadi, penulis dan keluarga menghadiri majlis pernikahan rakan kepada adik penulis. Sewaktu memasuki selekoh ke kawasan rumahnya, penulis dapati tiada bunga manggar sebagai isyarat kenduri kawen diadakan di kawasan itu. Walaupun sedikit musykil, penulis teruskan juga pemanduan sehingga ke kawasan rumahnya.
Penulis melihat ada beberapa kelompok insan di hadapan rumahnya, namun khemah tuk majlis perkahwinan tidak kelihatan. Penulis makin resah, risau juga kalau tersilap tarikh, tetapi bonda penulis beria² meyakinkan yg tarikhnya ialah 10 Februari. Dah betul laa hari ini. Tapi kenapa suasananya berlainan benar?? Kemudian, ayahanda penulis ditugaskan tuk bertanya adakah benar terbinanya sebuah "masjid" di sini pada hari ini.
Sahih. Memang pernikahan sedang berlangsung ketika kami sedang kebingungan memikirkan situasi itu. Inilah kali pertama penulis menghadiri resepsi pernikahan yang benar² mengikut lunas islam iaitu cuma bernikah tanpa sebarang majlis perkahwinan yang besar. Penulis difahamkan, mereka ini orang miskin dan mungkin tidak mampu untuk mengadakan majlis yang lebih baik. Terasa sebak di jiwa penulis sewaktu melihat pengantin pompuan yang kelihatan ayu dengan busana biru muda. Tersenyum manis pula disamping suami tersayang. Penulis membalas balik senyumannya sambil berdoa di dalam hati, mudah²an kedua² mempelai ini bahagia hingga hujung nyawa dan dikurniakan zuriat yang soleh.
Selamat Pengantin Baru Roslinda dan pasangannya.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.