Sewaktu penulis menulis entri ini, penulis baru saja melihat satu kejadian kemalangan yang berlaku depan mata penulis. Tragedi itu berlaku di sebuah persimpangan lampu isyarat di tengah bandar. Ketika itu, lampu isyarat di bahagian penulis telah berwarna hijau, manakala di sebelah kanan penulis sudah bertukar merah tetapi masih ada sebuah kereta Proton Iswara hitam yang melanggar lampu isyarat. Penulis dan sebuah mpv di sebelah kiri penulis terpaksa memperlahankan kenderaan kami untuk memberi laluan kepadanya. Sambil itu sempat penulis berkata...
"Bahaya sungguh kereta nih".
Tidak berapa lama kemudian, penulis mendengar satu bunyi dentuman, meskipun tidaklah sekuat mana bunyinya tetapi apabila penulis melihat melalui cermin pandang belakang, kereta Proton Iswara tadi sudah pun berlanggar dengan sebuah Proton Wira. Penulis memberhentikan kenderaan di bahu jalan dan melihat kejadian itu. Oleh kerana mahu melihat dengan lebih jelas, penulis u-turn semula ke bandar di lampu isyarat yang lagi satu. Kali ini penulis sempat melihat tragedi itu lebih dekat.
Sebenarnya ketika itu, ada dua sekatan polis trafik tidak jauh dari tempat kejadian. Kebetulan pula, di arah kiri lampu isyarat tersebut, dua orang polis trafik sedang memantau keadaan lalulintas. Mungkin sedang menjalankan ops sikap. Polis trafik segera ke situ dan kes itu mungkin dibawa ke balai. Penulis dan keluarga kesal dengan sikap sesetengah pemandu yang tidak mengikuti peraturan jalan raya. Natijahnya, bukan pemandu tersebut saja yang terlibat, orang lain yang tidak bersalah juga terheret sama. Walaupun tiada kemalangan jiwa berlaku tetapi kerosakan keretanya nampak teruk juga. Berhati²lah di jalanraya, patuhilah arahan lalulintas. Kat televisyen pun ada banyak iklan tentang panduan lalulintas, jangan sekadar dipandang tetapi tidak dipraktikkan.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.