Mar 8, 2007

Jom Cuti


Yahooooooooooooooo! Sebaik saja loceng akhir berbunyi, terdengar ler teriakan bebudak dari tingkat dua dan tiga bangunan Sekolah Kebangsaan Ibok. Para pelajar kami sudah teruja benar mahu bercuti setelah habis ujian OTI 1 yang diakhiri dengan English Paper 2. Pelajar tahap satu dapat bercuti sepenuhnya, cuma pelajar tahap dua dan guru² tahap dua saja yang perlu menghadiri kelas tambahan semasa cuti. Kesian mereka. Kami para guru berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum.

Dalam kepala memasing, sudah tersedia pelbagai program yang diatur tuk mengisi masa lapang sepanjang percutian kali ini. Bagi guru² yang terlibat dengan kelas tambahan sepanjang masa cuti, melopong aja laa melihat kami yang tidak dibebani ngan tugas sepanjang cuti merancang pelbagai agenda menarik. Sepengetahuan penulis, ada yang ingin balik kampung, ada yang ingin ke tempat peranginan, tak kurang pula yang ingin berkonvoi bersama keluarga memasing jejalan carik makan.

Bagi diri penulis pula, tiada satu pun aktiviti menarik yang penulis rancang setakat ini. Walaupun semua kelas tuisyen penulis direhatkan masa cuti, namun penulis tidak punya perancangan tuk ke mana-mana. Cuma, Isnin ini penulis harus ke Kuala Terengganu tuk taklimat mengenai Suruhanjaya Pilihanraya. Selain itu, agenda percutian penulis kali ini cuma memenuhi jemputan kenduri kawen aje agaknya. Bonda sudah menyusun kad jemputan yang perlu kami hadiri mengikut tarikhnya. Awal² lagi bonda sudah mengingatkan penulis tuk menghantarnya dan ayahanda ke semua lokasi walimah.

Bayangkan lam satu hari, sampai ade 5 undangan yang perlu kami penuhi, jaraknya bukan dekat plak tuh. Nampak gayanya penulis terpaksa laa mengatur perjalanan ngan baik supaya tak belaku pembaziran masa. Herm, penulis asyik hadiri pernikahan orang lain jerk, diri seniri ntah bila laa nak melalui hal yang sama.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.