Mar 18, 2007

Zul Media Viewer

Selamat bersua kembali. Arinih penulis mahu berkongsi satu software yang cukup bagus dengan anda semua. Ramai di antara kita menggunakan pelbagai aplikasi software untuk melayari format media yang berbeza seperti jpg, wmv, flv dan sebagainya. Disebabkan format fail yang berlainan, anda terpaksa pula menginstall pelbagai jenis software seperti Real Media, Windows Media Player, ACDSee dan sebagainya. Natijahnya, pc anda menjadi berat dengan pelbagai jenis program aplikasi sebegini. Kini, anda boleh menjimatkan ruang pc anda dengan software yang cukup efektif ini.

Penulis dengan ini memperkenalkan Zul Media Viewer, aplikasi media terkini yang cukup bagus untuk digunapakai. Produk ini baru sahaja dilancarkan dan penulis berbangga kerana ia adalah buah tangan anak melayu kita.

Keistimewaan ZUL MEDIA VIEWER ini:

1) Boleh membaca dan memaparkan beberapa format media seperti jpg, gif, bmp, wmv, asf, mp3, rm, ram, mpg, 3gp, dan flv.

2) Ini bererti anda tidak lagi memerlukan program aplikasi berasingan untuk memainkan apa-apa format media seperti yang disenaraikan di atas.

3) ZMV boleh memaparkan imej-imej jpg, gif dan bmp di dalam saiz asalnya.



4) Dengan mengaktifkan Media Player (On) anda kini sudah boleh menonton / mendengar fail-fail berformat wmv, asf, divx, mpg, rm, ram, mp3, 3gp atau flv.



5) Semasa Media Player diaktifkan, sebarang imej berformat jpg, gif dan bmp akan dipaparkan dengan saiz tertingkap imej yang sedia ada. Ia juga akan memaparkan animasi jika fail itu berformat animated gif.

6) Kini, ACDSee, Winamp, Real Player, Windows Media Player, 3GP player, FLV player menjadi 1 yang saya namakan Zul Media Viewer.

7) Elakkan diri anda dari menggunakan perisian cetak-rompak. Zul Media Viewer diedarkan secara PERCUMA.

8) Anda cuma perlu mendaftar sebagai ahli di LPZH untuk memuatturun.

Tunggu apa lagi?? Download laa cepat. Penulis sendiri sudah mencubanya dan penulis berpuas hati dengan software ini.

Sumber : Laman PHP Zulkiply Harun

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.