Hari ini dalam sejarah. Nak tau nape?? For da 1st time, penulis gi jumpe ngan geng² Forum TKO. Hal yang jarang penulis lakukan seblum nih walaupun dah lama menceburkan diri lam bidang perforuman. Kiranya penulis nih penyegan juga orangnya, sebab tuh kelibat penulis langsung tidak kelihatan lam memaner gathering. Okeh, meh penulis citer sal "gath" kecil tadi.
Lokasi : Warung Aziz Satar Kuala Kemaman
Masa : 1.30 - 2. 20 petang
Forumers : Eriyza, Abu_Muaz, Rustyblade, Usen, Saripdol, RM Skepo, Datukmanir dan 2 lagik tak ingat nicknamenya. (jgn marah, nanti kena jual).
Masa Abu Muaz call penulis, mereka maseh berada di Paka. Pastuh RM Skepo sms bitau mereka dah ada kat Warung Aziz Satar di Kuala Kemaman. Selang seploh menet pastuh, penulis pun pergi laa menjejak lokasi yang diberitahu. Jenuh penulis cari warung tuh tapi tak jumpa. Kekiranya penulis sesat laa. Huhuhu!!!
Pastuh penulis call Abu Muaz dan beritahu tentang kesukaran penulis mencari mereka, setelah diterangkan dengan lebih jelas, baru laa penulis jumpa warung tuh. Penulis ingatkan RM Skepo bawa isteri dia, sekali takde laa plak. Dia plak ingat penulis tanak pegi. Bila sampai sana, penulis nampak suspek yang berserban hijau, penulis dah agak tentu itulah team TKO tetapi penulis tak turun dari kereta. Maklum laa segan juga nak gi jumpa mereka. Tetiba, si Nosferatus (sebenonya Rustyblade) datang jemput penulis. Pelawa penulis turun dari keta, rasa cam orang besar plak. Hehehe!!! Cuak gak penulis bila dengo nickname Nosferatus tuh. Takkan laa depa nih bleh dok semeja plak?? Selalu dok gaduh sakan lam postings.
Bila dah dok semeja, kami berkenal²an, depa tentu laa dah kenal penulis cuma penulis je tak kenal depa. Lawak juga dorang nih, terutamanya si Abu Muaz ngan Rustyblade. Usen plak pendiam sket. Sengih je dia nih. RM Skepo sesekali mencelah. Datukmanir pun ok gak. Rustyblade sibuk ajak penulis gi mencandat sotong tuk xpdc akan datang. Abu Muaz plak banyak mengusik. Kesian penulis kena buli.
Perjumpaan kami ditamatkan dengan pembelian t-shirt TKO kaler hijau dari penulis. Sesambil tuh terus bayar duit tuk order sticker pada Usen. Kira² kul 2.30 petang kami bersurai dan mereka meneruskan perjalanan pulang ke Selangor. Mudah²an ukhwah yang terjalin terus berkekalan. Insya allah.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.