May 14, 2007

Alkisah Kereta Sewa



Tengahari tadi sewaktu penulis dan adik-beradik penulis yang lain mahu ke Kuantan, kami melihat bekas kemalangan yang berlaku di Chendor. Penulis memberhentikan kereta di bahu jalan untuk mengambil gambar kemalangan tersebut. Menurut saksi kejadian, nahas itu berlaku apabila Proton Wira yang cuba masuk ke laluan jalanraya dari kaki lima jalan tidak memberi lampu isyarat. Naza Suria yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Pahang tidak sempat membrek dan berlakulah kemalangan yang dahsyat. Penulis difahamkan bahawa kereta Naza Suria berpusing beberapa kali sebelum terbalik. Namun begitu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


Tidak berapa lama kemudian, penulis meneruskan perjalanan ke destinasi. Penulis mengarahkan adik penulis yang memandu Kancil untuk berada di hadapan. Sewaktu kami tiba di Gebeng, berlaku pula kesesakan lalulintas yang teruk. Penulis andaikan ada kemalangan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Gebeng.

Lantas penulis menelefon adik penulis dan mengarahkan dia berpatah balik sebelum kami menggunakan laluan alternatif di Pelabuhan Kuantan. Penulis menghantar kereta ke pusat servis dan kereta penulis terpaksa ditinggalkan di Semambu kerana tidak sempat disiapkan. Penulis memandu pulang kereta Kancil yang kami sewa. Cuak juga sebab sudah lama penulis tidak memandu kereta gear manual sejak memandu kereta sendiri. Alhamdulillah, penulis selamat tiba di rumah walaupun Kancil tersebut sedikit uzur dengan keadaannya yang tidak diselenggara dengan baik.

Sterengnya berat, malahan lampu isyaratnya tidak dapat dimatikan, viper pula rosak. Nasib baik laa hujan tidak turun lebat sangat tadi. Kalau tidak, terpaksa laa penulis tunggu hujan reda sebelum pulang. Kalau menyewa kereta, kena pastikan keadaannya bagus sebelum bersetuju. Serik penulis kalau memandu kereta seperti Kancil tadi. Melayang tiga keping not sepuluh walaupun disewa cuma enam jam.

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.