Saje je nak tayang hadiah yang penulis terima daripada seorang anak didik yang menghargai tunjuk ajar penulis. Sebenarnya penulis dah lama dapat hadiah nih, sebelum tibanya Hari Guru lagi tapi masa tuh penulis malas nak upload dari henpon ke blog nih.
Walaupun cikgu tuisyen tidak seglamour cikgu sekolah, jasa kami pun tidak banyak mana jika nak dibandingkan dengan cikgu sekolah tetapi ingatan ikhlas dari anak² didik kadangkala meruntun hati juga. Sepanjang penulis menjadi guru tuisyen, penulis tidak pernah mengharapkan apa² hadiah berupa barangan daripada pelajar kerana bagi penulis ilmu yang dimanfaatkan sebaik mungkin itulah yang merupakan hadiah terbaik.
Selamat Hari Guru Buat Semua Warga Pendidik termasuklah cikgu, ustaz, ustazah, pensyarah, tutor serta sesiapa saja yang pernah memberi tunjuk ajar kepada insan lain. Semoga anda semua dirahmati Allah.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.