Jul 19, 2007

Tentang Seseorang

Ada apa dengan penulis???

Penulis blog ini hanyalah seorang insan biasa yang gemar menulis. Penulis blog ini hanya mahu dikenali sebagai Eriyza. Penulis mencoret sesuatu di blog ini berdasarkan pembacaan dan pengalaman hidupnya sendiri. Penulis berasal dari pantai timur dan menjadikan buku dan komputer sebagai rakan akrabnya. Penulis bertugas sebagai seorang guru tuisyen. jelir

Watak dan perwatakan

Seorang yang sederhana dalam banyak hal. Wajah nampak serius malahan jarang senyum di depan orang yang tidak dikenali. Kalau kenalan yang sudah dikenali, penulis memang peramah dan suka bergurau. Tidak pandai hendak menunjukkan perasaan kasih sayang kepada orang yang sangat disayangi. Gemar berterus-terang di dalam apa jua keadaan. Tidak suka menceritakan masalah kepada orang lain kecuali adinda² yang dikasihi dan teman paling rapat. kenyit

Hobi

Selain menulis dan membaca, penulis gemar melayari internet. Maklumlah, sejak rakan² penulis berkahwin,penulis sudah tidak mempunyai kawan untuk bersua muka dan berbual² seperti dahulu lagi. Mereka kini sudah punya komitmen terhadap rumahtangga dan anak². Cuma penulis saja yang masih solo wal single. ihikhik

Impian

Penulis bersyukur dengan apa saja yang telah penulis miliki pada hari ini. Punyai ayahanda dan bonda yang penyayang, keluarga yang bahagia, ada pekerjaan dan banyak lagi limpahan nikmat yang Allah bagi. Walaupun penulis tidaklah tergolong di dalam kalangan orang yang kaya tetapi penulis gembira dengan kehidupan sederhana penulis. Impian penulis kini hanyalah ingin berkahwin dan melayari kehidupan berumahtangga bersama sesiapa sahaja yang ditakdirkan untuk penulis. Penulis berharap penulis akan mempunyai beberapa orang cahayamata yang soleh dan solehah. Selain itu, penulis ingin menunaikan fardu haji dalam usia yang muda. Untuk masa depan yang lebih terjamin pula, penulis berhasrat untuk memiliki sebuah restoran. Bolehlah penulis meneruskan tradisi perniagaan keluarga penulis. Doa dan harapan, semoga semua impian penulis akan termakbul. InsyaAllah. rindu

Memori Percintaan

Setiap insan mempunyai kenangan terindah di dalam hidupnya. Hal ini juga terjadi kepada penulis tetapi biarlah ia kekal menjadi sejarah di dalam diari hidup penulis. Bukan semua perkara di dalam hidup ini perlu dijadikan santapan kepada orang lain, penulis akan menyimpan cerita cinta ini sendiri. Maaf kerana penulis tidak bersikap "sporting" apabila berbicara tentang perasaan cinta. love

8 Comment

neoryzer Tue Jul 22, 04:48:00 PM

wahhhh... cikgu2 sekarang pandai buat blog lg... nice blog...

Eriyza Thu Jul 31, 10:46:00 AM

Terima kasih Neoryzer. ;))

tuantulis Thu Dec 11, 12:23:00 PM

Salam..

Terima kasih atas perkongsian maklumat.Banyak maklumat yang berguna bagi saya. Kalau saya perlukan tunujk ajar cikgu, boleh membantu?

TuanTulis
http://mivec.wordpress.com

Pjan Wed Apr 22, 12:22:00 PM

lagi ramai ckgu tulis blog lagi bagus sebab secara x langsung dunia blog akan lebih meriah n bercambah dengan ilmu2 yang bermanfaat utk yang ingin belajar. Dan dalam masa yang sama dapatlah memeriahkan dunia sastera kerana ramai lahir penulis2 yang berbakat. setuju x
hehehehe

http://pjans.net

Suraya Rezal Fri May 08, 04:50:00 PM

Firstly saya nak ucapkan syabas dan terima kasih bebanyak kpd eriyza.blog yg amat bagus dan komprehensif..saya ni mmg teramat fresh dlm bidang blog ni..harap eriyza dpt tolong saya ek..
saya nak cuba edit blog saya, step by step..banyak yg nak di edit sebenarnya..takpa la .. one step at a time..hehe
pertama tamanya..macam mana kalau saya nak add link ke blog saya..saya dah google, dan cuba guna tips dr blogger..tapi tak jadi la..maaf la eriyza ek..mmmg betul betul freshie ni..huhuhu
www.surayarezal.blogspot.com

D@U$™ Sat Aug 01, 12:45:00 AM

hurmmm...
Kak, dah linkkan blog aeropama(wordpress) akak.
Nanti linkkan daus entertainment sekali...

mymalaysian Wed Aug 12, 01:33:00 PM

ore pantai timur???? belah mano????

Eriyza Thu Aug 13, 12:26:00 PM

mymalaysian : Yup. Terengganu. :)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.