Aug 2, 2007
Bayi Lelaki
Hari ini pakcik dan makcik penulis menerima kehadiran ahli keluarga baru. Makcik penulis yang penulis panggil sebagai Cik Ngah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 2 pagi. Walaupun Cik Ngah melahirkan anak keempatnya melalui pembedahan, namun dia tetap kelihatan bersemangat, terpancar senyuman pada wajahnya. Kami bersyukur kerana semuanya telah selamat. Pakcik penulis setia disisi isterinya sepanjang masa. Bertuahnya kalau dapat suami sepertinya.
Penulis turut bergembira di atas kehadiran sepupu baru penulis. Usia yang jauh berbeza antara kami tidak akan menjadi penghalang untuk kami menjalinkan hubungan baik. Doa dan harapan penulis agar si cilik ini akan membesar dengan sempurna dan seterusnya menjadi anak yang soleh. InsyaAllah.
Entah bila pula giliran penulis untuk melahirkan zuriat sendiri? Sama seperti manusia normal yang lain, penulis mengimpikan sebuah keluarga Islam yang bahagia. Mudah²an Allah Taala mengurniakan kepada penulis seorang suami yang beriman dan anak² yang soleh serta solehah. Amin.
Date :
Thursday, August 02, 2007
Tags :
Love
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.