Aug 5, 2007

Cari Lagu Menggunakan Google


Mari kita belajar cara untuk mencari lagu di Google. Sebenarnya mudah saja nak cari lagu di Google, anda cuma perlu taip 'keyword' yang betul pada kotak carian dan secepat kilat lagu yang anda kehendaki terpampang di skrin komputer anda. harus diingat, cara ini berkesan sekiranya lagu yang anda minta ada pada orang lain. siul

Anda cuma perlu menaip perkataan dibawah (lihat gambar) pada kotak carian Google :-

?intitle:index.of? [extension] [nama artis atau tajuk lagu]

seperti contoh diberi

?intitle:index.of? [mp3] [Dewa Dewi]

Setelah lagu yang anda kehendaki disenaraikan, tugas anda hanyalah 'right click' dan 'save as' lagu tersebut. Sekiranya anda mahu mencari software, tukarkan saja perkataan extension itu kepada exe / wmv / pdf dan sebagainya. Penulis suka cara ini, mudah dan ringkas. Lagi pula, tiada sebarang software perlu diinstal, hanya menggunakan khidmat Pakcik Google semata². Cubalah sendiri. menari

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.