Hari ini Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaannya yang ke 50 tahun. Setelah lebih separuh abad merdeka, adakah Malaysia benar² telah menjadi sebuah negara yang mentadbir mengikut acuannya sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana² kuasa asing?? Penulis mengharapkan tanahair tercinta ini menjadi sebuah negara yang aman damai untuk didiami. Mudah²an negara ini dilindungi Allah dari musibah malapetaka. Penulis melihat ramai manusia berpusu² ke Padang Astaka. Deretan kenderaan pelbagai jenama membanjiri halaman rumah penulis. Setiap dari mereka sama ada bersama keluarga, teman atau buah hati beriringan ke sana. Mungkin untuk melihat temasya yang diadakan sempena perayaan ini. Penulis cuma melihat dengan perasaan bercampur-baur.
Di kelas tadi, ada beberapa orang pelajar penulis tidak hadir, mungkin sengaja mencari alasan Hari Merdeka untuk "ponteng" kelas. Malahan, sebahagian dari pelajar yang ada kelihatan gelisah apabila penulis melanjutkan sedikit masa untuk menanda buku setelah masa belajar tamat. Mereka mendesak penulis untuk segera menamatkan kelas kerana ibu bapa sudah berjanji untuk membawa mereka melihat pertunjukan bunga api. Sejenak penulis terfikir, inikah erti kemerdekaan yang cuba dipupuk oleh generasi sekarang kepada anak² mereka?? Hiburan menjadi agenda utama untuk mengisi slot yang ada, bercampur gaul antara lelaki dan perempuan tanpa batasan. Penulis kesal dengan senario yang berlaku di dalam masyarakat hari ini. Sewajarnya, slot untuk mengisi kemerdekaan dilakukan dengan memanjatkan syukur kepada Allah, memeriahkan masjid dan surau dengan alunan merdu Al-Quran. Owhhh Malaysiaku, selamat ulang tahun ke 50. Semoga pentadbir dirimu memperbanyakkan aktiviti keagamaan dan bukan hiburan semata².
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.