Mungkin ada yang sudah tahu cara mudah untuk mendownload video dari Youtube. Penulis hendak memaklumkan kepada sesiapa yang belum tahu cara untuk mendownload dengan pantas dari Youtube. Anda cuma perlu menaip perkataan kiss di hadapan perkataan youtube untuk mendownload video tersebut. Anda masih kurang faham?? Penulis akan memberikan contoh bagaimana untuk melakukannya.
- Ambil url video yang anda ingin download. Contohnya adalah video di atas - http://www.youtube.com/watch?v=BTGFEgCsOIM
- Di hadapan perkataan youtube, anda perlu menambahkan perkataan kiss seperti ini - http://www.kissyoutube.com/watch?v=BTGFEgCsOIM
- Tekan kekunci Enter dan anda akan dibawa ke laman web Kiss Youtube.
- Sewaktu anda hendak menyimpan video anda, jangan lupa tambahkan perkataan .flv di belakang nama video tersebut. Contohnya - tombo_hati.flv
Sekiranya anda tidak mempunyai player yang boleh memainkan fail di dalam bentuk .flv, anda boleh mendapatkan player tersebut di sini. Nikmatilah video kegemaran anda pada bila² masa tanpa perlu ke laman youtube lagi.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.