Sep 20, 2007

Puasa Dan Raya


Taggie merebak lagi. Kali ini berkenaan dengan Ramadan dan Syawal pula. Apa tujuannya tag ini dikenakan?? Mungkin sekadar untuk suka² atau hanya untuk mengimbau kembali kenangan penulis berkenaan bulan yang mulia ini. Jom, kita lihat soalan apa yang perlu penulis jawab. Sediakan kertas dan pensil untuk menyalin. Hehehe!!! kenyit


Tag ini mudah. Ianya berkenaan puasa dan raya. Anda perlu menjawab dengan jujur.

Sejak bila anda mula berpuasa penuh??
Masa sekolah rendah. Kalau tak silap masa darjah 4.

Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya??
Errrr, pernah masa kecil dulu. Kononnya gastrik. Hehehe!!! senyumkenyit

Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun??
Tersangatlah pernah, macam² bunga api dan mercun pernah main. Best banget. Cuma meriam je tak tesenarai. ihikhik

Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka??
Semestinya makanan berasaskan mee seperti mee goreng, mee kari, mee rebus. Jangan hidangkan nasi putih dengan lauk masa berbuka, tak selera nanti.

Lagu raya manakah yang anda suka??
Banyak sangat tapi lebih suka lagu raya zaman dulu, lagu raya kini tak berapa menusuk kalbu. Paling suka lagu Ahmad Jais, P Ramlee, Saloma dan lain².

Tahun ini anda beraya di mana??
Kat rumah ini juga. Maklum laa belum ada kampung mentua. Kekeke!!! rindu

Pernahkah anda bertugas di hari raya??
Owh, langsung tidak pernah. Boleh beraya sakan.

Apakah kenangan paling manis di hari raya??
Dapat beraya dengan semua orang yang disayangi. Bermaaf²an antara satu sama lain. Syahdunya. cium

Sebarkan tag ini kepada 8 orang sahabat bertuah pilihan anda.
  • Zalin
  • Honey
  • Ien
  • Nur Anna
  • Khai
  • Musnaz
  • Abah
  • Delang
Silakan menjawab tag masing² ya. Jawab jangan tak jawab. peace

3 Comment

iEn Thu Sep 20, 05:26:00 PM

thanks.. nanti ien jawab..

serikandi Thu Sep 20, 06:46:00 PM

jawab sini ke eriyza? akak dah lebih 15 tahun tak beraya kat malaysia la.. dah lupa sgt2 camner raya kat sana, nak sedeh pon dh lupa camner.. huhu...

vangardx Thu Sep 27, 06:08:00 PM

salam, baru kat sini rupanya asal usul tag tu..ok sy dah jawab : http://vangardx.net/blog/8-soalan-mengenai-aidilfitri-syawal/

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.