Oct 12, 2007

Salam Aidilfitri




Salam Aidilfitri Minal Aidil Wal Faizin untuk semua pembaca blog ini. Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon jutaan maaf sekiranya sepanjang penulis berblog disini, ada untaian kata² yang penulis coretkan menghiris hati anda semua.

Sejujurnya, penulis pernah terfikir untuk menutup blog ini setelah hampir 3 tahun ianya terpapar di layar maya. Hasrat itu pernah penulis luahkan pada salah seorang pembaca blog ini tetapi dia menghalang penulis daripada berbuat demikian. Menurut katanya, banyak benda baru yang dipelajarinya disini. love


Penulis amat berterima kasih kepada anda yang sering ke sini tanpa jemu. Meski pun anda tidak pernah mencoret sesuatu di kotak jeritan atau memberi komen di setiap topik yang penulis tulis, namun kesetiaan anda untuk terus mengunjungi blog ini membuatkan penulis terharu.

Kadangkala penulis sendiri terperanjat dengan jumlah pelawat yang melebihi 50 orang setiap hari. Bagi orang lain, mungkin angka 50 itu terlalu kecil untuk dibanggakan tetapi penulis mempunyai alasan tersendiri untuk berbangga dengannya. Penulis tidak mempunyai rakan² akrab yang penulis kenali di dunia siber untuk penulis promosikan blog ini, malah penulis sendiri tidak menyenaraikan blog ini di laman carian enjin gergasi.

Justeru, pelawat yang mampir ke sini bukanlah dari kalangan kenalan penulis. Mungkin anda juga salah seorang daripadanya. Terima kasih kerana sudi mencuba ilmu yang penulis kongsi di sini, semoga ianya bermanfaat buat anda. Sesngguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala yang buruk itu dari kelemahan diri penulis sendiri. Sekali lagi, penulis ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga anda semua berbahagia di hari lebaran ini. Raikanlah ia dengan meriah tetapi penuh kesederhanaan. cium

2 Comment

shoradhi Fri Oct 12, 08:42:00 PM

selamat hari raya!!!esok nak balik kg!!!

p/s:apsal nak tutup blog plak...rilex2 ler...makan biskut2 ghaye dulu!!!

Eriyza Fri Oct 12, 10:11:00 PM

Selamat Hari Raya juga wat anda. Semoga berbahagia di hari lebaran ini. :)

Note : Pernah terpk nak tutup blog tp lum tutup lagik. :D

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.