(A) Bls jika ambik berat
(B) Miss call Jika Rindu
(C) Call jika syg..
(D) Jgn buat apa² jika benci
Penulis mengirim sms di atas kepada seorang teman. Sudah menjadi kelaziman kepada penulis untuk memberikan forward sms kepada rakan² penulis. Kali ini penulis memilih seorang teman tapi mesra untuk diberikan sms tersebut. Beberapa minit kemudian, penulis menerima satu panggilan tetapi tiada nama atau nombor biasa yang tertera di skrin telefon bimbit penulis. Hanya empat nombor terpapar diatasnya dan peliknya bukan nombor 'private'.
Sejurus, penulis menjawab panggilan itu dengan sopan. Di hujung talian, kedengaran suara seseorang yang sangat penulis kenali. Suara yang sangat penulis rindui. Seseorang yang berada jauh dari penulis tetapi sentiasa dekat di hati. Penulis tidak menyangka, dia menjawab sms itu dengan cara yang sepatutnya. Berulangkali penulis tersenyum sendirian. Walaupun perbualan antara kami cuma beberapa minit, namun penulis sangat bahagia. Ingin penulis sampaikan pesanan dibawah ini kepadanya.
Dulu, kini dan selamanya, saya sayang pada awak.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.