Dec 22, 2007
Mempelai Dua Sejoli
Alhamdulillah. Penulis telah berkesempatan menghadiri majlis walimah seorang sahabat Tranungkite Online (TKO). Pada awalnya kami sekeluarga mahu ke majlis itu tetapi ayahanda penulis pula tidak sihat. Maka, terpaksalah kami tiga beradik saja yang pergi ke sana. Kami bertolak pada jam 2.30 petang dan tiba di sana hampir jam 4.00 petang. Ketika makan, penulis melihat raja sehari sedang makan beradab.
Kemudiannya, penulis masuk ke dalam rumah dan pergi menemui pengantin perempuan. Sungguh manis rakan penulis ini dengan pakaian pengantin berwarna ungu, sedondon pula dengan suaminya. Wajahnya kelihatan anggun dengan solekan sederhana. Majlis perkahwinannya meriah dengan kehadiran tetamu. Penulis mendoakan agar pernikahan kedua mempelai ini bahagia hingga hujung nyawa. InsyaAllah. Selamat Pengantin Baru buat Nur Fadzila (Are ngah) dan Rahim.
Sejurus pulang dari walimah, penulis sempat berkunjung ke rumah seorang sahabat TKO yang lain iaitu Nur Raudah. Penulis pulang ke rumah dengan senyuman terukir di bibir.
Credits To Karikatur For The Pictures.
Date :
Saturday, December 22, 2007
Tags :
Love
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.