Dec 19, 2007

Salam Aidil Adha 1428 Hijrah



Penulis berserta ayah dan adinda keluar petang tadi. Tujuan kami adalah untuk pergi melihat lembu yang bakal dijadikan korban esok hari. Namun, setelah kami tiba ke lokasi tersebut, lembu belum tiba kerana masih di dalam perjalanan. Kemudian, penulis membawa kedua²nya bersiar² sambil melihat senario sambutan perayaan di kawasan lain. Setibanya kami di bandar, kenderaan bertali arus dari semua arah. Lalu lintas menjadi sesak teruk. Kami tidak dapat meneruskan perjalanan meskipun lampu merah sudah bertukar ke lampu hijau. hah


Di kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan Salam Aidil Adha buat semua pembaca blog ini samada anda mengenali penulis atau tidak. Penulis memohon kemaafan jika ada bicara di dalam blog ini mengguris hati anda. Semoga ibadah korban yang kita laksanakan diterima Allah Taala. Doa dan harapan agar kaum keluarga dan rakan taulan yang mengerjakan rukun islam kelima dikurniakan haji yang mabrur. Mudah²an giliran kita akan menyusul tiba untuk menjadi tetamu Allah. InsyaAllah. cium

2 Comment

KeL@T Sat Dec 22, 03:41:00 PM

salam aidiladha eryza...

Eriyza Sun Dec 23, 12:24:00 AM

Salam Aidil Adha Kelat. :)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.