Januari sudah dilewati selama lima belas hari. Bermakna sudah hampir dua minggu penulis meneruskan rutin sebagai guru di lembaran 2008 ini. Kalendar 2007 penulis tinggalkan dengan seribu satu kisah yang tersendiri. Setakat topik ini ditulis, penulis mengajar lima hari seminggu dan kemungkinan satu kelas lagi akan bermula pada Februari nanti. Meskipun penulis ditawarkan untuk melengkapkan semua hari dengan kelas, namun penulis bercadang untuk bercuti satu hari. Tidak seperti tahun lepas, penulis bolot semua sekali kelas.
Sebelum ini penulis ditugaskan mengajar pelajar Tahun 2, 3 dan 4 tetapi tahun ini penulis dipertanggungjawabkan juga untuk mendidik pelajar Tahun 5. Setakat ini, penulis berpuashati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar Tahun 2, 3 dan 4 tetapi pelajar Tahun 5 nampak bermasalah sedikit. Nampaknya penulis perlu memikirkan alternatif lain untuk membantu pelajar² ini. Harapan yang disandarkan oleh ibu bapa mereka terbeban di bahu guru. Justeru, penulis akan berusaha sedaya-upaya untuk membantu mereka. Mudah²an mereka boleh menerima dengan baik ilmu yang penulis ajarkan.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.