Ketika bersembang dengan Musafir Kerdil siang tadi, penulis bertanyakan padanya tentang cara yang digunakan untuk mengambil gambar dari blog / laman web yang tidak membenarkan klik kanan. Beliau mengatakan bahawa cara yang biasa digunakan ialah dengan mengambil maklumat kodnya (view source) atau pun mencetak saja skrinnya (print screen). Penulis pasti, anda juga berbuat demikian bukan??
Justeru, penulis suka untuk berkongsi cara yang sering penulis gunapakai di browser Firefox jika blog / laman tersebut tidak membenarkan klik kanan.
- Klik menu Tools.
- Kemudian pilih Page Info.
- Selepas itu, pilih tab Media.
- Pilih gambar dikehendaki di dalam kotak Address / Type .
- Kemudian Save As untuk disimpan.
2 Comment
ini yg selalu aku duk buat selalu...
hahahha...
Hokeh arrr tuh.
Hehehe!!! :)
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.