Salam Maal Hijrah 1429 Hijriah atau Awal Muharam. Sebenarnya penulis punya memori dengan tarikh 1 Muharam 1425 bersamaan dengan 22 Februari 2004. Setiap kali hari ini menjelma, pasti rasa sayu terpalit di hati penulis. Meski pun telah beberapa tahun hal itu berlalu, namun kenangan terindah itu tetap terpahat di minda. Marilah kita sama² muhasabah diri sendiri, menghitung apa yang telah kita lakukan sepanjang perjalanan kehidupan.
Maal Hijrah
Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Makkah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban
Harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Ahlan Wa Sahlan Ya Maal Hijrah. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan, kemurahan rezeki serta kebahagiaan di dunia dan akhirat. Mudah² segala hajat penulis dimakbulkan Allah Taala. Amin.
Tokoh Maal Hijrah tahun ini ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari. Tahniah buat beliau.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.