Feb 4, 2008

Bandaraya Warisan Pesisir Air


Petang semalam, penulis membawa ahli keluarga penulis yang lain ke Terengganu Bandaraya Warisan Pesisir Air. Tujuan kami ke sana hanyalah sekadar untuk bersiar² sekaligus merapatkan hubungan kekeluargaan antara kami. Alhamdulillah, ayahanda sudah sihat dan dia kelihatan gembira dapat meluangkan masa bersama isteri dan anak²nya. Penulis bertolak agak lewat dan tiba di sana ketika senja sudah menampakkan diri. Kami sempat pergi ke Mydin Mall. Susah sungguh hendak mendapatkan lot parking disini, setelah puas berpusing², akhirnya ada juga parking kosong. gigitjari


Setelah membeli serba sedikit di Mydin, kami tinggalkan gedung membeli-belah yang tersohor itu. Sewaktu menaiki Jambatan Sultan Mahmud, penulis melihat keindahan Masjid Kristal di seberang laut Pulau Duyung. Kami tidak berkesempatan untuk ke sana kerana perlu pulang. Penulis kemudiannya menghala ke pusat bandar sewaktu rembulan sudah menjengah. Suasana di Kuala Terengganu lengang, tidak seperti di bandar penulis. Lantas penulis terfikir sejenak, Bandaraya ini bagaikan kota mati, tidak sesak seperti yang penulis gambarkan. Lalu lintasnya lancar, tiada sebarang masalah. Nampaknya kehidupan di bandar kecil kami lebih sibuk dari Bandaraya ini.

Setelah puas meronda di Bandaraya, kami pun pulang semula ke Kemaman. Kami singgah di kedai Lempeng untuk mengisi perut yang sudah mula berkeroncong. Lempeng di sini boleh tahan sedapnya tetapi nasi minyaknya kurang sedap. Walau apa pun, syukur dengan rezeki yang ada.

Penulis membayangkan Bandaraya Terengganu sesibuk Kuantan namun sangkaan itu meleset sama sekali. Masih banyak kemudahan infrastruktur perlu dibangunkan dan projek pembangunan perlu giat dilaksanakan. Penulis berharap pada kunjungan kali kedua nanti setelah Terengganu menjadi Bandaraya, senarionya akan berubah. Pengalaman kali pertama ke Terengganu setelah dinobatkan sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air hanya boleh dikatakan sebagai boleh tahan saja, belum boleh dikatakan bagus. Namun, tempoh masa sebulan bergelar Bandaraya belum cukup untuk dinilai sejauhmana kehebatannya. Semoga Terenganu terus maju dan makmur. ihikhik

3 Comment

Nafastari Tue Feb 05, 06:32:00 PM

Yep, masih terlalu banyak yang perlu dilakukan untuk menjadikan KT sebagai benar-benar bandaraya...

KeL@T Wed Feb 06, 10:42:00 PM

wah... ayahanda eriyza dah beransur sihat.. bagus la... moga sihat sentiasa... cantek la mesjid kristal tuh... tingin nak g... huhuhu...

Eriyza Thu Feb 07, 12:31:00 AM

Nafastari, semoga KT mampu menjadi Bandaraya yang boleh dibanggakan. :)

Kelat, meh laa ke Trg, kita reronda wal jenjalan. :)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.