Feb 7, 2008
Dari Teks Ke Link
Kadangkala apabila kita menulis alamat blog / laman web, ianya tidak ditukarkan terus ke format yang membolehkan pautan (link) itu diklik terus ke lamannya. Justeru, anda perlu memastikan setiap alamat web itu diformatkan ke kod HTML untuk membolehkan ianya diklik. Apa kata kalau anda biarkan generator saja yang menguruskannya penukaran formatnya??
Anda cuma perlu menulis setiap alamat web yang dikehendaki, kemudian klik butang Make Clickable!. Selepas itu, kesemua teks tadi telah bertukar ke format pautan yang sepatutnya. Seterusnya, anda cuma perlu memilih untuk membuka semua pautan sekaligus dengan menekan butang Open checked links!!. Jika tidak mahu kesemua pautan dibuka serentak, hilangkan saja tanda dalam kotak yang ada. Cara ini sangat berkesan jika anda ingin memuatturun fail yang berturutan. Tukarkan teks kepada pautan di Linkrr.
Date :
Thursday, February 07, 2008
Tags :
Online Tools
Websites
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.