Al Fatihah untuk bondaku Zaliha Binti Zaharah. Pada jam 10.43 malam, hari Ahad 25 Mei 2008 bersamaan 19 Jamadil Awal 1429 Hijrah, bonda penulis telah kembali ke rahmatullah. Bonda penulis telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Jabur pada pagi Isnin. Penulis dan ahli keluarga yang lain berada di sisi bonda sewaktu bonda menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kami sekeluarga redha dengan pemergian bonda kesayangan. Doa kami mengiringinya agar bonda damai di sana.
Semasa hayatnya, bonda penulis adalah bonda yang sangat baik, penyayang dan disenangi ramai. Penulis bertuah kerana dilahirkan oleh bonda sepertinya. Walaupun, kasih sayang yang dicurahkan kepada penulis cuma seketika, namun memori indah yang tercipta itu akan kekal di dalam ingatan buat selama²nya.
Penulis, ayahanda dan adinda² diberi peluang oleh Allah untuk menjaga bonda sewaktu bonda terlantar sakit di Hospital Tengku Ampuan Afzan. Kesempatan selama lebih kurang sepuluh hari itu kami manfaatkan sebaik mungkin untuk berbakti kepada bonda. Masih jelas tergambar di kotak fikir penulis, kami mengatur sendiri jadual untuk menjaga bonda tatkala ada di antara kami yang perlu mandi, solat, makan, tidur dan sebagainya. Setiap hari, bacaan Yassin dikumandangkan untuk bonda sebagai penawar. Kami lapkan badan bonda beberapa kali sehari agar bonda selesa. Kami berbual² dengan bonda meskipun tiada balasan jawapan yang kami terima. Kami lakukan senaman untuk bonda seperti yang disarankan oleh pakar fisioterapi. Kami usap dan gosok badan bonda dengan lembut agar bonda dapat merasai kasih sayang kami. Penulis belajar cara² untuk memberi susu kepada ibu melalui tiub. Semuanya masih segar di dalam ingatan.
Pada hari jenazah bonda dibawa pulang, penulis dan adinda perempuan bersama² membantu memandikan dan seterusnya mengkafannya. Kami lakukan dengan tabah meskipun hati cukup sayu. Bila tiba saat untuk mengucup wajah bonda buat kali terakhir, airmata mula membasahi pipi. Berkali² kami mengusap airmata agar tidak menitik ke wajah bonda. Akhirnya, wajah bonda penulis kucup bermula dengan dahi, pipi kanan, pipi kiri dan juga dagunya. Kucupan terakhir dari seorang anak untuk bondanya. Penulis lihat bonda seperti orang tidur, ada senyuman di wajahnya.
Kini, bonda tiada lagi. Bonda meninggalkan memori yang indah untuk kami kenang sepanjang hayat. Buat bonda kesayanganku, kasih sayangmu abadi di hati ini. Wajah bonda sentiasa penulis ingati. Penulis menyayangi bonda dari dunia sampai akhirat. Semoga roh bonda ditempatkan di kalangan orang² yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.
15 Comment
Takziah dari saya. Tabahkan hati.
AL-Fatihah..
semoga arwah sentiasa dicucuri rahmat.
kak eriyza kuatkan hati ye.
assalamualaikum kak,
salam takziah
tabahkan hati
semoga arwah ibu akak tenang di sana
doa anak solehah i'allah sampai di sana
Al-Fatihah... moga rohnya dicucuri rahmatNya.. amin...
Takziah buat eriyza sekuarga...
Takziah daripada saya.. Semoga Allah mempermudhkan urusannya di sana.
maaf andai terlambat..
salam takziah dari menteil..
Sorry to hear that, moga kuatkan semangat dan sedekahkan doa pada arwah bonda tercinta..
salam takziah dari saya..
semoga anda tabahkan hati..
Allah lebih sayangkan bonda mu...
Al-Fatihah
assalamualaikum akak.. maaf terlambat..baru tahu..salam takziah dari saya..sabar ye..moga bonda akak tenang di sana =)
Terima kasih kepada semua sahabat yang menghadiahkan Al Fatihah buat bonda. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang² yang beriman dan beramal soleh.
Assalamualaikum...slm takziah utk cikgu dan keluarga.
Al-Faaaaaaatihah.
Semoga roh ibu cikgu ditempatkan di taman-taman syurga, moga cikgu tabah menghadapi cobaan...dan ketabahan cikgu dikira amal solehah,anak yg solehah adalah saham ukhrawie yg abadi...amin.
Mak saya juga kembali ke rahmatullah pada 25 Mei tahun 2007. Apa pun kita sama-sama berdoa semoga roh mereka dalam keadaan baik dan dirahmati Allah
Alfatihah buat semua roh muslim dan muslimat yang meninggal
Fauzi ahmad
Terima kasih
salam takziah dari arkasia...
semoga erry tabah dlm keadaan nih...
Semoga Bonda Erry Dicucuri Rahmat....AL-FATIHAH
Salam Takziah dari sy.tabahkn hati dan kuatkn semangat
Assalamualaikum,
Salam takziah dari saya,
Semoga arwah dicucuri rahmat,
Al-fatihah buat arwah..
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.