Jun 21, 2008
Guru Dan Anak Didik
Muktamad!!! Keputusan untuk berhenti mengajar akhirnya terlaksana jua pada malam ini. Setelah penulis fikirkan masak² halatuju penulis selepas ini, hasrat untuk meletak jawatan sebagai guru penulis suarakan pada pemilik pusat Tuisyen Sukses iaitu Cikgu Hussin. Kelas terakhir penulis untuk Tahun 4 ialah pada hari Khamis manakala untuk Tahun 3 pula pada hari ini iaitu hari Sabtu. Terkujat anak² didik penulis apabila perkhabaran itu penulis beritahu mereka.
Kelas Tahun 4 penulis beritahu pada hari Rabu dan sewaktu mereka hadiri kelas pada hari Khamis, ada yang membawakan kad ucapan berserta hadiah untuk penulis. Ada juga pelajar yang mengirimkan sms memohon kemaafan di atas kesalahan mereka. Para pelajar terdiam sewaktu menulis mengatakan penulis akan berhenti mengajar. Ada riak sebak pada wajah mereka, tak kurang pula yang ingin tahu mengapa penulis berkeputusan sedemikian.
Sama juga halnya dengan kelas Tahun 3, ada yang tersekat² suaranya menahan sendu apabila penulis berkata bahawa selepas ini mereka akan mendapat guru baru bagi menggantikan penulis. Sewaktu satu persatu anak² didik perempuan penulis peluk, ada yang menitiskan airmata. Sungguh sayu hati penulis, lantas kolam mata penulis juga turut mengalirkan airmata. Erat benar pelukan mereka, seakan ingin memberitahu penulis bahawa mereka sayangkan penulis.
Di luar kelas pula, ada sekumpulan pelajar Tahun 4 yang ingin menemui penulis untuk mengambil gambar penulis. Sungguh terharu hati penulis. Rupanya² cikgu ini punya tempat yang istimewa di hati kamu. Ada pelajar yang duduk di ribaan penulis untuk mengambil gambar. Perlakuan manjanya itu mungkin kerana dia telah bergurukan penulis sejak tahun lepas.
Wahai anak² didikku, doa cikgu sentiasa mengiringi kamu. Mudah²an kamu bisa menjadi anak² soleh wal solehah. Cikgu sememangnya sayangkan kamu semua. Wajah² comel kamu akan cikgu abadikan di dalam hati. Semoga ukhwah yang terjalin antara kita kekal selamanya. Semoga cikgu dan kamu dirahmati Allah jua. Amin.
Date :
Saturday, June 21, 2008
Tags :
Daily Notes
4 Comment
cikgu nak pergi mana plak..kesian anak murid tu..tido xlena,mandi xbasah,makan mesti kenyang punya..hehehe nape eryza berhenti?nak kahwin ke?hehe
Ada komitmen lain yg lebeh penting, jd kena laa lepaskan jawatan guru tuh. Doakan laa sy cepat nikah wal kawen erkkk. :)
matkapak,
Sayang gak jawatan yg mulia tu,ditinggalkan..nama cikgu terpahat hingga ke akhir hayat.Apa2 pun mat sokong dgn keputusan cikgu..go away cikgu,mat peminat setia blog cikgu..,tapi mat jarang nak komen sbb tiada ilmu sprti cikgu.maafkan mat!
La...sayang nye nak tinggalkan pekerjaan pendidik ni.
Ni kire dah capai kate putus laa ni? Dah kompom...
Ish... tak pe lah~ Rezeki dimane-mane. Apa yang penting, kite rajin usaha dan ingat pada Tuhan.
Semoga success dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan.
Kreuger®
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.